makanan tradisional

Judul              : Makanan Tradisional Masyarakat Malaysia

Penulis           : Hamdzah A.Rahman

Harga             : RM32.00

Tahun  Terbit :  2018

Penerbit         :  Dewan Bahasa dan Pustaka

PENDUDUK Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik telah menghimpunkan makanan tradisional yang beraneka rupa dan rasa. Setiap kaum di negara ini sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Bajau, Iban, Melanau, dan lain-lain mempunyai makanan tradisional masing-masing yang unik. Makanan tradisional asalnya hanya digemari oleh sesuatu kaum, namun kini turut digemari oleh kaum lain malah menjadi satu tarikan kepada pelancong luar.

Di dalam buku ini, makanan tradisional di Malaysia dibahagikan kepada dua kategori, iaitu makanan yang diperam dan makanan yang tidak diperam. Antara makanan yang diperam, seperti tapai, pekasam, idli dan tempe. Contoh makanan yang tidak diperam pula seperti keropok, sata, linut dan telur pindang. Buku ini mengetengahkan aspek penggunaan bahan mentah tempatan, pemprosesan dan penyediaan makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia yang dapat menonjolkan keunikan khazanah budaya negara. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar IPT, ahli akademik, usahawan dan pencinta makanan tradisional.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1053668
    Visit Today : 613
    This Month : 1921
    Total Visit : 1053668
    Hits Today : 1890
    Total Hits : 4325408
    Who's Online : 7
  • Kategori