masjid kuil dan gereja

Judul              : Masjid, Kuil dan Gereja
Penulis           : Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdi
Harga             : RM43.00
Tahun Terbit  : 2017
Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka

BUKU ini merupakan satu dokumentasi yang merakamkan sejarah dan asal usul, reka bentuk dan unsur seni bina beberapa buah masjid, kuil dan gereja yang dianggap sebagai bangunan warisan di negara ini. Warisan seni agama yang dipaparkan dalam buku ini memperlihatkan pengaruh reka bentuk dan seni bina daripada pelbagai budaya dan kepercayaan, di samping mempamerkan keunikan budaya masyarakat di Malaysia.

Dokumentasi bangunan warisan tersebut merupakan hasil kajian Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) , Universiti Teknologi Malaysia. Pusat kajian ini mempunyai koleksi lukisan dan gambar bangunan warisan yang terbesar di Malaysia. Koleksi tersebut amat penting dan sangat berguna untuk dijadikan panduan dalam usaha untuk mereka bentuk bangunan agar menepati budaya dan persekitaran hidup masyarakat di Malaysia.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1053493
    Visit Today : 438
    This Month : 1746
    Total Visit : 1053493
    Hits Today : 1034
    Total Hits : 4324552
    Who's Online : 16
  • Kategori