arowana

Judul              : Arowana Ikan Hiasan Bernilai Edisi Ketiga

Penulis          : Mohamad Zaini Suleiman

Harga            : RM45.00

Tahun Terbit: 2018

Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka

BUKU Arowana Ikan Hiasan Bernilai: Edisi Ketiga ini menyediakan koleksi maklumat dan panduan penjagaan yang lengkap khusus kepada peminat arowana. Arowana merupakan haiwan peliharaan yang unik dan menjadi simbol kekayaan dengan harga yang mencecah ribuan ringgit. Kepercayaan sesetengah masyarakat menganggap ikan ini memberikan tuah atau ‘ong’ kepada pemiliknya, menaikkan lagi nilai arowana dalam kalangan peminat ikan hiasan.

Keunikannya membuatkan peminat arowana begitu teruja untuk memilikinya walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar. Edisi ketiga ini memuatkan maklumat tambahan mengenai pembiakan, penternakan dan penjagaan ikan arowana. Gambar foto juga dipelbagaikan dan sebahagiannya ialah hasil sumbangan peminat arowana seluruh negara. Buku ini sesuai dijadikan panduan kepada pengusaha peminat yang baru berjinak-jinak dengan hobi memelihara arowana.

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1052972
    Visit Today : 1225
    This Month : 1225
    Total Visit : 1052972
    Hits Today : 5300
    Total Hits : 4323246
    Who's Online : 9
  • Kategori