keramat

Judul              :           Daun-daun Keramat

Penulis           :           Mana Sikana

Harga             :           RM40.00

Tahun             :           2015

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

BUAH tangan terkini Mana Sikana menghimpunkan 30 buah cerpen yang menyentuh pelbagai persoalan – keagamaan, kekeluargaan, persahabatan, percintaan, kehidupan alam akhirat dan kematian. Cerpen-cerpen diolah dengan gaya bahasa yang kreatif, imaginatif di samping mengundang daya fikir kritis.

Kepelbagaian sudut pandang dan teknik penulisan yang digunakan dapat mengelakkan kejemuan. Ternyata penulis berjaya menampilkan karya yang sarat dengan nilai pemikiran positif dan berwawasan serta nilai akhlak dan moral yang tinggi dalam pembinaan sahsiah.

Penulis bukan sahaja menonjolkan aliran absurdisme malah surealisme dan eksistensialisme. Pembaca pasti dapat menikmati keindahan  dan kelainan yang disajikan oleh penulis.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1050081
    Visit Today : 926
    This Month : 32680
    Total Visit : 1050081
    Hits Today : 5021
    Total Hits : 4309782
    Who's Online : 11
  • Kategori