Oleh AHMAD KHALILUL HAMEEDY BIN NORDIN

Sesi Wacana Muzik dan  Bahasa oleh Ahmad Ramli.

Sesi Wacana Muzik dan Bahasa oleh Ahmad Ramli.

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Negeri Pulau Pinang, Persatuan Karyawan Pulau Pinang dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara telah menganjurkan  Festival Lagu Puisi pada 24 September 2016 yang lalu di Rainbow Paradise Beach and Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Festival yang julung kali diadakan ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Turut serta dalam festival ini ialah salah seorang penggiat seni lagu puisi iaitu Ahmad Ramli yang juga merupakan salah seorang panel dalam wacana lagu puisi yang turut diadakan dalam festival tersebut.

Menurut pengerusi Persatuan Karyawan Pulau Pinang, Profesor Dato’ Dr. Sohaimi Abdul Aziz, program seperti ini (lagu puisi) mempunyai potensi besar yang boleh dikembangkan lagi pada masa hadapan. Melihat kepentingan sumbangan sastera dan muzik ini, festival ini diharap dapat menjadi satu cara untuk membina perpaduan antara kaum.

Persembahan daripada Kelab  Sastera Universiti Sains Malaysia.

Persembahan daripada Kelab Sastera Universiti Sains Malaysia.

Antara tujuan festival ini diadakan adalah untuk menjadikan lagu puisi sebagai satu wadah dalam menunjukkan indahnya bahasa Melayu dan hubungannya dengan muzik yang sentimental. Festival ini bukan sahaja dihadiri oleh golongan penggiat seni mapan sahaja, bahkan turut dihadiri generasi muda yang mula bertatih dalam industri ini sesuai dengan objektif festival ini diadakan iaitu untuk mendekatkan remaja dengan kegiatan muzik yang membina jiwa dan emosi yang positif.

Ucapan alu-aluan oleh pengerusi Persatuan Karyawan Pulau Pinang

Ucapan alu-aluan oleh Profesor Dato’ Dr. Sohaimi Abdul Aziz, pengerusi Persatuan Karyawan Pulau Pinang.

Ahmad Ramli merupakan salah seorang penggiat seni yang terkenal dengan lagu puisi. Antaranya puisi Sasterawan Negara A. Samad Said yang bertajuk Menambat Rakit, telah dijadikan lagu puisi. Festival ini terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama dimulakan dengan slot Wacana Muzik dan Bahasa yang menampilkan Ahmad Ramli sebagai panel. Sesi kedua pula merupakan sesi persembahan oleh para peserta terdiri daripada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi, maktab perguruan, dan juga individu.

Persembahan daripada  pelajar Maktab Rendah Sains Mara

Persembahan daripada pelajar Maktab Rendah Sains Mara.

Dalam Muzik dan Bahasa, Ahmad Ramli cuba membawa persoalan definisi lagu bagaimanakah yang dikatakan sebagai lagu puisi. Menurut beliau, masih belum ada lagi konvensi yang menetapkan lagu puisi itu bagaimana. Umum mengetahui bahawa lagu puisi biasanya ialah lagu yang diambil daripada sajak-sajak yang dilagukan. Festival ini diakhiri dengan sesi cabutan bertuah dan juga penyampaian sijil dan hadiah.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1056727
    Visit Today : 1034
    This Month : 4980
    Total Visit : 1056727
    Hits Today : 5543
    Total Hits : 4338480
    Who's Online : 7
  • Kategori