Oleh NORAZLINDA MISRAN

Inovasi merupakan percikan yang menggerakkan organisasi dan sumber manusianya untuk bergerak serta maju ke hadapan. Inovasi juga berkait rapat dengan proses pengambilan idea-idea baharu daripada pelanggan dan menukarkan pengetahuan dan maklumat baharu tersebut ke dalam bentuk produk dan perkhidmatan baharu. Atas faktor ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi menyokong usaha-usaha Kerajaan ke arah transformasi perkhidmatan awam.

Yang Berhormat Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia turut diberi penerangan tentang e-Borneo DBP.

Yang Berhormat Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia turut diberi penerangan tentang e-Borneo DBP.

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam yang merupakan salah satu inisiatif ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan. Sehubungan dengan itu, Hari Inovasi DBP telah diadakan pada 6 Oktober 2016 di Auditorium DBP, Kuala Lumpur. Hari Inovasi DBP ini merupakan kemuncak iltizam Pengurusan DBP dan seluruh warga kerja DBP dalam menanam dan membina budaya inovasi dalam kerangka kerja organisasi agar idea-idea kreatif dan inovatif dapat dicurahkan dalam usaha pembinaan dan pengembangan bahasa dan persuratan Melayu, selaras dengan objektif penubuhan DBP.

Yang Berhormat Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia turut melawat pameran yang disediakan.

Yang Berhormat Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia turut melawat pameran yang disediakan.

Kepesatan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi menuntut DBP sentiasa berfikiran kreatif dan konstruktif serta mencari metodologi baharu dalam penyampaian perkhidmatan dan produk, yang mampu melepasi jangkaan dan harapan pelanggan dan masyarakat. Penerokaan dan pengembaraan inovasi ini bukan hanya bersifat individualistik, malah boleh dilaksanakan secara bersinergi dengan melibatkan rakan bestari daripada sektor awam dan sektor swasta.

Gimik Pelancaran Portal dan Aplikasi DBPNiaga.my.

Gimik Pelancaran Portal dan Aplikasi DBPNiaga.my.

Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ucapan alu-aluannya mengatakan bahawa untuk kekal relevan dan unggul dalam dunia serba mencabar ini, DBP perlu menanam iltizam untuk sentiasa memperbaiki dan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna. Keupayaan dan kebolehan DBP untuk terus berada dalam keunggulan persaingan diterjemahkan di dalam Pelan Strategik DBP 2016 – 2020 yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahadzir bin Khalid pada 21 Jun 2016 yang lalu.

Mydin antara penerima Anugerah Citra Sahabat DBP.

Mydin antara penerima Anugerah Citra Sahabat DBP.

Menurut Adzis lagi, pada tahun ini beberapa produk DBP telah mendapat beberapa pengiktirafan daripada pihak luar. Antaranya, DBP telah menerima Anugerah Makalah Jurnal Terbaik (Sains Sosial dan Kemanusiaan) yang diberikan kepada Bahagian Majalah dalam Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Selain itu, dalam majlis tersebut DBP turut menerima Anugerah Karya Suntingan Terbaik yang diberikan kepada Puan Nurhidayah Mohd Hamid dari Bahagian Buku Bahasa. Bagi Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) 2016, dua anugerah telah diterima oleh DBP iaitu Anugerah Utama Kategori Buku Karya Asli yang diberikan kepada Encik Mohd Faizal Rus Rzerli dari Bahagian Buku Umum dan Anugerah Sagu Hati Kategori Buku Karya Asli yang diberikan kepada Puan Rokiah Nordin, juga dari Bahagian Buku Umum.

Hari Inovasi DBP ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyeru agar seluruh warga kerja DBP mengamalkan prinsip pekerja berinovasi yang telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, iaitu berilmu, kebolehpercayaan, budaya amalan kerja terbaik, semangat patriotik, budaya keberhasilan yang berteraskan hasil, budaya kreativiti dan inovatif, nilai tambah dan permuafakatan kerja. Ini adalah kerana, prinsip yang digariskan ini berupaya membina kemahiran setiap warga DBP serta menjadi wadah dalam melahirkan warga kerja yang mempunyai nilai-nilai positif, kreatif dan inovatif.JAL_0925

Dalam majlis Hari Inovasi DBP ini turut dilancarkan portal dan aplikasi DBPNiaga.my. Ia merupakan sistem jualan atas talian produk terbitan DBP secara maya yang pertama dihasilkan oleh DBP. Pembeli boleh membuat pembelian pada bila-bila masa, 365 hari, selain boleh mendapatkan maklumat buku terbitan terbaharu DBP, promosi jualan istimewa serta mengetahui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh DBP.

Penerima Hadiah dan Anugerah bergambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat.

Penerima Hadiah dan Anugerah bergambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat.

Turut diadakan dalam majlis tersebut ialah penyampaian hadiah dan anugerah iaitu Hadiah Galakan Inovasi DBP, Hadiah Karyawan Inovatif Ketua Pengarah DBP, Anugerah Citra Karya DBP, Anugerah Citra Program/Projek DBP, Anugerah Citra Penerbitan DBP, Anugerah Citra Sahabat DBP.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1056826
    Visit Today : 13
    This Month : 5079
    Total Visit : 1056826
    Hits Today : 14
    Total Hits : 4338797
    Who's Online : 9
  • Kategori