IMG-20160922-WA0020OLEH NUR ELIYANA MOHD REDHUAN

Bengkel Perolehan Manuskrip Buku Umum bimbingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) anjuran Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (UPKW), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia telah diadakan pada 21 hingga 22 September 2016. Bengkel yang berlangsung selama dua hari di Kampus Kesihatan USM itu telah dihadiri oleh 42 orang peserta yang datang daripada latar belakang Perubatan, Sains Kesihatan dan Bahasa.

Lazimnya, para pensyarah aktif menulis manuskrip untuk penerbitan saintifik dan dibincangkan dalam kalangan ilmuwan bidang tersebut. Penulisan ini tidak sampai kepada khalayak umum kerana ia terlalu teknikal dan berat bagi pembaca luar bidang untuk menghadamkan informasi saintifik. Oleh itu, bengkel ini direalisasikan agar khalayak umum mendapat manfaat daripada setiap ilmu yang diperoleh daripada pakar tempatan. Dengan perlaksanaan bengkel ini, para peserta dapat meneroka peluang penulisan dan penerbitan yang terbentang luas selain meningkatkan kemahiran dalam bidang penulisan yang berbentuk info kreatif.

Tuan Haji Arshad menyampaikan ceramah kepada para peserta bengkel.

Tuan Haji Arshad menyampaikan ceramah kepada para peserta bengkel.

Para peserta mendapat bimbingan daripada Tuan Haji Arshad Rawian, Editor Kanan Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Beliau telah mendedahkan kepada para peserta tentang peluang-peluang penerbitan di DBP dan turut membimbing peserta untuk menyediakan manuskrip lengkap. Selain itu, beliau menerangkan tentang kepentingan hak cipta dan insentif yang bakal diterima oleh penulis apabila mereka menerbitkan buku atau karya dengan DBP.

Salah seorang peserta membentang kertas cadangan judul.

Salah seorang peserta membentang kertas cadangan judul.

Pada sebelah petang pula, para peserta dibimbing untuk menyediakan kertas cadangan judul oleh Puan Siti Marian Othman, Editor Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Beliau turut menyampaikan ceramah asas penulisan. Bengkel ini turut dibimbing oleh Puan Zahani Ismail, Perancang Bahasa Unit Penerbitan, Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Timur.

Pada hari kedua, peserta membentangkan kertas cadangan judul untuk dibincangkan bersama peserta lain dan dibimbing oleh wakil DBP. Perbincangan berjalan aktif apabila pembentang secara terbuka menerima maklum balas, kritikan dan komen membina untuk memperbaiki mutu buku yang bakal disediakan. Pembentangan berterusan sehingga jam lima petang dan peserta bersurai dengan membawa pulang draf awal manuskrip untuk ditambah baik sehingga menjadi manuskrip yang sesuai untuk diterbitkan bagi manfaat orang ramai.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1058577
    Visit Today : 467
    This Month : 6830
    Total Visit : 1058577
    Hits Today : 1486
    Total Hits : 4346887
    Who's Online : 9
  • Kategori