Oleh HASNI JAMALI

ASA_6358

Sesi pembentangan pertama dengan tajuk “Puisi Sebagai Suara Diri atau Masyarakat?”

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) telah menganjurkan Forum Penyair ASEAN 2016 bersempena dengan Festival Seni Antarabangsa Kuala Lumpur (DiverseCity 2016) pada 3 September 2016 di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Forum bertemakan “Puisi: Untuk Diri Atau Masyarakat?” ini telah dihadiri lebih daripada 100 orang penyair dan ahli akademik dari negara Asia Tenggara: Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Myanmar, Singapura, Filipina, dan Kemboja.

"Penyair dan Kebebasan Ekspresi" Tajuk Pembentangan Sesi ke-2.

“Penyair dan Kebebasan Ekspresi” Tajuk Pembentangan Sesi ke-2.

Para sarjana dan penyair melahirkan idea dan membahaskan secara terbuka tentang fungsi puisi dalam menuju ke arah keharmonian hidup. Forum ini terbahagi kepada tiga sesi pembentangan. Sesi pertama membincangkan “Puisi sebagai Suara Diri atau Masyarakat?” yang telah dipengerusikan oleh Encik Saifullizan Yahaya. Pemakalahnya terdiri daripada Encik Muhammad Lutfi Ishak (Malaysia), Encik Ahmadun Yosi Herfanda (Indonesia), Dr. Sa’eda Buang (Singapura) dan Awang Haji Mohamad Rajap (Brunei).

Isu “Penyair dan Kebebasan Ekspresi” berlangsung memenuhi Sesi Kedua yang membawa suara Dr. Malim Ghozali PK dari Malaysia, Dr. Shirley Lua dari Filipina, Puan Oum Suphany dari Kemboja dan Encik Hamed Ismail dari Singapura sebagai pemakalahnya. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Dr. Mohd Hanafi Ibrahim.

Ucapan Perasmian oleh Ketua Pengarah DBP, Tuan Haji Abdul Adus Abas.

Ucapan Perasmian oleh Ketua Pengarah DBP, Tuan Haji Abdul Adzis Abas.

 

Selanjutnya dalam Sesi Ketiga, Dr. Hani Salwah Yaakup sebagai moderator berperanan memandu pemakalah dalam mengupas isu “Tanggungjawab Penyair dalam Masyarakat”. Dari Malaysia, Dr. Lim Swee Tin bersama-sama pemakalah dari Myanmar (Encik Han Lynn), Thailand (Dr. Pen Pakata) dan Indonesia (Puan Rukmi Wisnu Wardani) membentangkan idea dan pengalaman mereka tentang amanah penyair dalam menyebarkan kata-kata yang bermanfaat untuk diri dan masyarakat.

ASA_7080

Sesi ke-3, tajuk perbincangan “Tanggungjawab Penyair dalam Masyarakat”.

Bersesuaian dengan matlamat yang menjadi landasan Forum Penyair ASEAN iaitu antaranya menghimpunkan dan mengukuhkan hubungan silaturahim antara penyair ASEAN dilihat terbukti apabila penyatuan ini mampu memberi persefahaman budaya melalui perkongsian idea dan rasa sesama penyair yang hadir. Kajian dan penyelidikan yang disuarakan oleh para pemakalah pula banyak menyentuh tentang fungsi dan estetika sesebuah puisi yang terhasil daripada pelbagai latar pemikiran penyair.

Sesi Ucaptama.

Sesi Ucaptama.

Estetika sesebuah puisi dilihat daripada pelbagai aspek iaitu ragam, nada dan idealisme yang disampaikan oleh penulisnya. Lakaran kata-kata indah ini akhirnya membentuk kesatuan makna yang memberi segenap harapan kepada pengamatnya. Harapan itu sebenarnya adalah cubaan penyair mengetengahkan suara-suara dari dalam jasadnya yang membisik keluar melalui tinta aksara. Suara-suara ini pula adalah rangkuman daripada gejolak hati penyair sendiri mahu pun gemuruh rasa yang dihadapi oleh masyarakat.

“Di sinilah sastra sebagai “ilham” bagi kebudayaan akan menghidangkan sesuatu yang akan memberikan pencerahan dengan caranya sendiri dan dengan bahasanya yang kreatif, yaitu bahasa kemanusiaan yang baru dan segar dengan mencintai Manusia dan Kemerdekaan.”

ASA_6731

Tuan Zawawi Imron dari Indonesia ketika menyampaikan ucaptama 2.

                                  (Puisi Wadah Suara Kemanusiaan, hlm.8)

Petikan di atas diambil daripada kertas kerja seorang penyair dari Indonesia, Tuan Zawawi Imron berjudul Puisi dan Jiwa Merdeka yang turut disampaikan oleh beliau dalam Ucaptama 2, Forum Penyair ASEAN 2016.

YBhg. SN Dato' Anwar Ridhwan ketika menyampaikan ucaptama 1.

YBhg. SN Dato’ Anwar Ridhwan ketika menyampaikan ucaptama 1.

Kertas kerja ini dihimpunkan bersama-sama kertas kerja pemakalah yang lain dalam buku Puisi Wadah Suara Kemanusiaan yang telah dilancarkan dalam majlis ini oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP.

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1047229
    Visit Today : 845
    This Month : 29828
    Total Visit : 1047229
    Hits Today : 2096
    Total Hits : 4296898
    Who's Online : 20
  • Kategori