OLEH NORAZLINDA MISRAN

Ujana Buku DBP turut mendapat sambutan daripada penduduk sekitar.

Ujana Buku DBP turut mendapat sambutan daripada penduduk sekitar.

ADI 27082016(9) MALAM MENADAH LANGIT HARMONI - MALAYSIAKU CINTA

Pertandingan rebut kerusi.

Program Malam Menadah Langit Harmoni – Malaysiaku Cinta adalah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah (DBPWTgh) dan Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) dengan kerjasama Warisan Studio dan Komuniti Kg. Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor. Program ini telah diadakan pada 27 Ogos 2016 yang lalu.

ADI 27082016(5) MALAM MENADAH LANGIT HARMONI - MALAYSIAKU CINTA

Para peserta tekun mewarna.

Program yang diadakan di Laman Warisan, Warisan Sound, Batu 8 Kampung Sijangkang ini antaranya ialah Kuiz Bahasa dan Sastera, Sesi Khas Bercerita Sang Penglipurlara, Pertandingan Berbalas Pantun Spontan Sijangkang, Pertandingan Mewarna “Cinta Negara” dan sukaneka. Program yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan oleh masyarakat kampung dan sekitar yang telah datang beramai-ramai untuk memeriahkan program tersebut.

ADI 27082016(60) MALAM MENADAH LANGIT HARMONI - MALAYSIAKU CINTA

Puan Hajah Roos Mohamed, Isteri Ketua Pengarah DBP turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam majlis tersebut.

Acara kemuncak program ini ialah persembahan pendeklamasian puisi-puisi patriotik dan nyanyian lagu-lagu rakyat bertemakan kemerdekaan. Pada malam tersebut, YBhg. Tuan Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah sudi hadir merasmikan program tersebut.

ADI 27082016(116) MALAM MENADAH LANGIT HARMONI - MALAYSIAKU CINTA

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuan Haji Abdul Adzis Abas ketika merasmikan Malam Menadah Langit Harmoni – Malaysiaku Cinta.

Dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa untuk mengajak masyarakat menikmati dan menghargai sastera bukan perkara yang mudah. Oleh itu, DBP melalui DBP Wilayah Tengah akan terus melaksanakan pelbagai program kebahasaan dan kesusasteraan dengan kerjasama pelbagai pihak, sama ada Badan Bukan Kerajaan mahupun agensi dan Jabatan Kerajaan sendiri dan persatuan-persatuan penulis.

ADI 27082016(146) MALAM MENADAH LANGIT HARMONI - MALAYSIAKU CINTA

Ketua GAPENA 1 turut hadir memeriahkan acara tersebut.

Program Malam Menadah Langit Harmoni – Malaysiaku Cinta ini merupakan satu program yang berkonsepkan penghayatan semangat patriotisme melalui hiburan bercorak kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian. Ia diharap dapat memberikan ruang dan peluang kepada masyarakat khususnya generasi muda untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia melalui kegiatan seperti ini.

ADI 27082016(181) MALAM MENADAH LANGIT HARMONI - MALAYSIAKU CINTAADI 27082016(194) MALAM MENADAH LANGIT HARMONI - MALAYSIAKU CINTAADI 27082016(154) MALAM MENADAH LANGIT HARMONI - MALAYSIAKU CINTAADI 27082016(172) MALAM MENADAH LANGIT HARMONI - MALAYSIAKU CINTAADI 27082016(229) MALAM MENADAH LANGIT HARMONI - MALAYSIAKU CINTAADI 27082016(218) MALAM MENADAH LANGIT HARMONI - MALAYSIAKU CINTA

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1057323
    Visit Today : 510
    This Month : 5576
    Total Visit : 1057323
    Hits Today : 1977
    Total Hits : 4340760
    Who's Online : 11
  • Kategori