cover bukuOleh NORHASMAH MOHD ZAIN

Bergambar di booth Jualan DBP - dari kiri Prof Dr. Saiful Bahari, Prof Dr. Nik Hazlina, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran.

Bergambar di booth Jualan DBP – dari kiri Prof Dr. Saiful Bahari, Prof Dr. Nik Hazlina, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran.

Pada 7 Ogos 2016 yang lalu, Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor telah berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia. Prof Dr. Shaiful Bahari Ismail telah menyampaikan syarahan umum bertajuk Kesihatan Lelaki di Malaysia: Perkembangan, Isu dan Cabaran. Manakala Prof Dr. Nik Hazlina Nik Hussain pula membentangkan syarahan umum bertajuk Kesihatan Wanita di Malaysia: Perkembangan, Isu dan Cabaran.

Pelancaran buku Masalah Seksual Lelaki Dalam Kesejahteraan Rumah Tangga – dari kiri Prof Dr. Saiful Bahari, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Prof Dr. Nik Hazlina.

Pelancaran buku Masalah Seksual Lelaki Dalam Kesejahteraan Rumah Tangga – dari kiri Prof Dr. Saiful Bahari, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Prof Dr. Nik Hazlina.

Syarahan umum ini diakhiri dengan pelancaran buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertajuk Masalah Seksual Lelaki Dalam Kesejahteraan Suami Isteri yang ditulis oleh Prof Dr. Shaiful Bahari Ismail dan Prof Dr. Nik Hazlina Nik Hussain. Penerbitan buku ini diharap dapat memberikan maklumat yang jelas kepada kaum lelaki yang menghadapi pelbagai masalah seksual yang sering melanda kehidupan berumah tangga, dan lazimnya kebanyakan masalah ini “disenyapkan” oleh suami mahupun isteri. Keadaan ini berlaku kerana rata-rata pasangan berasa bahawa isu seksual, lebih-lebih lagi ketidakpuasan dalam hubungan intim adalah suatu isu yang terlalu sensitif untuk dibincangkan dalam khalayak ramai.

Melihat artikel yang diterbitkan oleh Prof Dr. Nik Hazlina – dari kiri Profesor Dr. Abdul Aziz Abdul Latif, Prof Dr. Nik Hazlina, dan Prof Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapha Kamal

Melihat artikel yang diterbitkan oleh Prof Dr. Nik Hazlina – dari kiri Profesor Dr. Abdul Aziz Abdul Latif, Prof Dr. Nik Hazlina, dan Prof Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapha Kamal

Pelancaran buku ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa USM, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049021
    Visit Today : 1339
    This Month : 31620
    Total Visit : 1049021
    Hits Today : 4773
    Total Hits : 4303819
    Who's Online : 13
  • Kategori