OLEH NORAZLINDA MISRAN

PELAKSANAAN Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 25 Ogos 2016.

Pelaksanaan pertandingan koakademik bahasa Melayu ini sememangnya seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) dalam bidang pendidikan. Walaupun DBP bukanlah institusi pendidikan yang secara langsung terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, namun DBP ternyata komited melaksanakan aktiviti sokongan yang bersifat koakademik yang bersesuaian, khususnya dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Pertandingan yang diadakan pada kali ini ialah Pertandingan Forum Remaja, Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah dan Pertandingan Sahibba Sekolah Rendah dan Menegah. Pertandingan seperti ini mampu menggalakkan golongan murid meningkatkan penguasaan dan kemahiran mereka dalam bahasa Melayu, serta meningkatkan keyakinan mereka untuk berkomunikasi dengan mantap dalam bahasa kebangsaan.IMG20160825155025

Majlis penutupan Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Berikut senarai pemenang untuk setiap kategori:

Pertandingan Forum Remaja

Johan: SMK Tawau, Sabah

Naib Johan: SMK Temerloh, Pahang

Ketiga: SMA Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor

Keempat: SMK Tinggi, Segamat, Johor

 

Pertandingan Deklamasi Puisi Kategori Sajak

Johan: Muhammad Airil Fitri bin Jalalludin dari SMK Dato’ Sagor, Langkap, Perak

Naib Johan: Nursyahirah binti Mohd Rafi dari SMK Jerai, Kupang, Kedah

Ketiga: Izazi Azyan binti Badrul azmi dari SMK Perlis, Kangar, Perlis

 

Pertandingan Deklamasi Puisi Kategori Syair

Johan: Nur Ika Fatihah binti Mohd Fairull’ain dari SMK Sultan Omar, Dungun, Terengganu

Naib Johan: Nur Syahera binti Punawi dari SMK Dato’ Ibrahim Yaacob, Jln. Ipoh, Kuala Lumpur

Ketiga: Ku Norfarah binti Ku Azizan dari SMK Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah

 

Pertandingan Sahibba Peringkat Sekolah Rendah

Johan: Muhammad Amirul Haziq bin Zakaria dari SK LKTP Jengka 17, Jengka, Pahang

Naib Johan: Mohd Ikmal Rirzal bin Mohd Fajrudin dari SK Seri Selamat, Setiawan, Perak

Ketiga: Mohd Mijwad Hazim bin Ismail dari SK Kurong Hitam, Kuala Nerang, Kedah

Keempat: Muhammad Amirul Aiman bin Amran dari SK Kampung Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan

 

Pertandingan Sahibba Peringkat Sekolah Menengah

Johan: Muhammad Iqbal bin Saharudin dari SMK Dato’ Harun, Tanjung Karang, Selangor

Naib Johan: Nur Athirah binti Mohd Zaino Abidin dari SMK Kamil, Parir Puteh, Kelantan

Ketiga: Muhammad Fikri bin Sharunazrin dari SMK Sains Muzafar Shah, Ayer Keroh, Melaka

Keempat: Nur Halijah binti Zainal dari SM Rendah Agama Rembau, Negeri Sembilan

 

Gambar sekitar majlis Penutupan Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Peringkat KebangsaanIMG20160825165033IMG20160825165505IMG20160825164923IMG20160825164833IMG20160825164740IMG20160825165338

IMG20160825163126 IMG20160825145748IMG20160825162605IMG20160825164859 IMG20160825161532 IMG20160825161450 IMG20160825162117 IMG20160825164322

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1049041
    Visit Today : 1359
    This Month : 31640
    Total Visit : 1049041
    Hits Today : 4871
    Total Hits : 4303917
    Who's Online : 17
  • Kategori