mascotek

 

Judul : Mas Cotek
Penulis : Nasnan Jajuli
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun : 2016
Harga : RM20.00

MAS cotek merupakan antara tanaman herba yang mula dikenali, sebaris dengan misai kucing, jarum mas dan temu lawak. Walaupun potensi pasarannya luas hingga ke luar negara, hanya segelintir pekebun kecil mengusahakan tanaman ini. Hal ini merugikan kita kerana mas cotek boleh menjanakan pendapatan yang lumayan sebagaimana tongkat ali.

Buku ini membincangkan secara menyeluruh tentang mas cotek, aspek penanamannya, penjagaan dan penuaian, pemprosesan dan penghasilan produk. Dari segi khasiatnya, mas cotek terbukti sebagai penawar kepada pelbagai penyakit kronik, antaranya tekanan darah tinggi, diabetes dan kekurangan tenaga. Banyak kajian tentang khasiat mas cotek dilakukan oleh universiti tempatan dan agensi yang berkaitan.

Penulis merupakan pengusahan tanaman mas cotek yang berjaya. Selain mendedahkan pelbagai teknik penanaman dan rahsia mas cotek , penulis turut berkongsi pengalaman dan kemahiran yang tersendiri. Beliau juga menerangkan strategi untuk memasarkan produk yang terhasil.

Setelah membaca buku ini, pembaca bukan sahaja dapat mengenali mas cotek dengan lebih mendalam malah menghargai mas cotek sebagai herba yang mempunyai khasiat yang tinggi dan berpotensi untuk dikomersialkan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1058656
    Visit Today : 546
    This Month : 6909
    Total Visit : 1058656
    Hits Today : 1713
    Total Hits : 4347114
    Who's Online : 22
  • Kategori