canggihnya

Judul : Canggihnya Bahasa Melayu: Kepelbagaian Unsur Hubungan
Penulis : Ismail Dahaman
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun : 2016
Harga : RM59.00

SALAH satu aspek bahasa yang perlu diteliti semula oleh pengguna bahasa ialah pelbagai jenis dan bentuk unsur penghubung yang berfungsi dalam pembinaan struktur ayat majmuk serta dalam wacana. Dari sudut sintaksis, kata hubung berfungsi memperlihatkan hubungan antara unsur ayat yang bertaut antara satu sama lain secara gramatis. Manakala, dari sudut makna, unsur hubungan berperanan menggabungkan idea yang bertalian dalam proses pembentukan maksud wacana.

Buku ini mengandungi kaedah yang diperincikan tentang semua bentuk dan makna unsur hubungan dalam pembinaan ayat majmuk dan perenggan wacana. Huraian ini berfokus pada fungsi penghubung gabungan, pancangan, keterangan, bertimbalan, dan frasa leksikal umum sebagai penanda wacana. Melaluinya pembaca dapat melihat, misalnya frasa pun begitu yang salah bagi walaupun begitu, dan perbezaan makna antara sungguhpun dengan walaupun.

Kandungan buku ini diperjelas dengan 2,672 teks, ayat dan senarai contoh penggunaan unsur hubungan, 178 keping foto tentang penggunaan unsur hubungan dalam pelbagai media, dan senarai kata hubung bertimbalan. Buku ini sangat berguna bagi para pendidik, pelajar, penulis dan penerbit serta pengguna bahasa Melayu keseluruhannya yang prihatin terhadap pembentukan wacana dalam bahasa Melayu standard yang bertaraf tinggi.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1056726
    Visit Today : 1033
    This Month : 4979
    Total Visit : 1056726
    Hits Today : 5541
    Total Hits : 4338478
    Who's Online : 7
  • Kategori