Oleh NORAZLINDA MISRAN

HAM-17-8-16 (9) PELANCARAN BUKU SULALATUS SULATINYayasan Karyawan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan Karya Agung Melayu Sulalat U’S-Salatin: Yakni Pertuturan Segala Raja-Raja di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2016.

Karya Agung Sejarah Melayu telah dimartabatkan sebagai warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2012. Karya agung ini merupakan satu-satunya sumber yang meriwayatkan kesultanan Melaka sebagai kemaharajaan maritim yang agung lagi terkenal pada abad ke-15 dan ke-16 Masihi.

Antara kandungan Karya Agung Melayu Sulalat U’S-Salatin: Yakni Pertuturan Segala Raja-Raja.

Antara kandungan Karya Agung Melayu Sulalat U’S-Salatin: Yakni Pertuturan Segala Raja-Raja.

Karya agung ini diiktiraf kerana ditulis dalam Bahasa Melayu yang begitu indah, melambangkan keagungan bahasa Melayu pada zamannya. Pengiktirafan ini juga bermakna bahawa dunia juga turut mengiktiraf kewujudan sejarah dan ketamadunan Melayu sebagai salah satu tamadun dunia.

Majlis Pelancaran Karya Agung Melayu Sulalat U’S-Salatin: Yakni Pertuturan Segala Raja-Raja.

Majlis Pelancaran Karya Agung Melayu Sulalat U’S-Salatin: Yakni Pertuturan Segala Raja-Raja.

Karya Agung Sulalat U’S-Salatin ini merupakan terbitan Yayasan Karyawan yang ke-20 dalam siri terbitan Karya agung Melayu. Sulalat U’S-Salatin ini berasal naskhah yang tersimpan di Arkib Institut Manuskrip Oriental di Akademi Sains Rusia di Saint Petersburg. Nama pemilik naskhah tersebut ialah Ivan Feodorovitch Krusenstern, seorang pelaut Russia keturunan Jerman. Naskhah ini telah disalin oleh Muhammad Tahir al-Jawi dan Ibrahim Jamrut pad tahun 1798 Masihi di Melaka. Karya agung ini kemudiannya telah dialih-aksara dari aksara jawi ke rumi oleh Profesor Emeritus Dr. Ahmat Adam. Beliau juga telah mengedit dan menulis esei pengenalan berhubungan dengan versi berkenaan dan juga wacana yang berhubungan Sulalat U’S-Salatin atau Sejarah Melayu.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Y.A.Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid selaku Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Karyawan.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Y.A.Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid selaku Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Karyawan.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Y.A.Bhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid selaku Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Karyawan. Turut diadakan sesi Bicara Buku Sulalat U’S-Salatin yang dibicarakan oleh Prof. Dato’ Dr. Baharudin Ahmad (Profesor Kursi P.Ramlee, ASWARA) dan Prof. Emeritus Dr. Ahmat Adam selaku pengkaji teks.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1048826
    Visit Today : 1144
    This Month : 31425
    Total Visit : 1048826
    Hits Today : 3727
    Total Hits : 4302773
    Who's Online : 12
  • Kategori