MENURUT Kamus Dewan Edisi Keempat, buku ialah helaian kertas berjilid yang berisi tulisan dan sebagainya untuk dibaca atau yang mengandungi ruangan kosong untuk ditulis. Bagaimanakah kertas yang berjilid itu dimanfaatkan secara berkesan agar setiap tulisan yang tercatat bermanfaat apabila dibaca?

Kategori: Ulasan Buku

PERKARA paling asas dalam agama Islam ialah kefahaman hakikat ketuhanan. Kepentingan memahami persoalan ini adalah untuk mengenali Allah SWT ke arah meningkatkan keyakinan terhadap-Nya. Oleh itu, memberikan penerangan yang jelas tentang isu ini dapat membantu masyarakat memahami hakikat ketuhanan yang sebenar, dan pada masa yang sama mampu meningkatkan keimanan mereka terhadap Allah SWT.

Kategori: Buku Baharu

GENRE lipur lara sebagai sastera lisan berbentuk cerita lazimnya ditandai oleh tiga ciri penting sebagai bahagian dasarnya. Pertama, cerita bermula dengan peristiwa sebelum pengembaraan putera raja. Kedua, perkembangan cerita berlaku semasa putera raja mengembara dan menempuhi pelbagai cabaran dengan segala peristiwa yang boleh mematangkan pengalaman hidup. Ketiga, cerita biasanya berakhir dengan kegembiraan.

Kategori: Buku Baharu

KISAH pengembaraan penuh fantasi bersama Hana, Irfan, Farah dan Raif bermula apabila mereka menolong seorang tua yang terlepas seekor ayam jantan semasa Pameran MAHA. Seterusnya mengheret mereka mengembara ke negeri Cempaka Sari. Menemukan mereka dengan Pak Kaduk, Mak Siti, Raja Indera Sari dan Adika yang kadang kala memberikan mimpi ngeri buat mereka.

Kategori: Buku Baharu

BUKU kerjasama penerbitan antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Persatuan Kebudayaan Han Malaysia (HAN) ini mengandungi sepuluh cerpen yang terdiri daripada lima cerpen penulis Malaysia dan lima cerpen penulis China, iaitu “Sahabat”, “Lelaki Bersayap Putih”, “Mencari Balqis”, Antara Ombak Keributan”, “Yang Aneh-aneh”, “Chen Xiaoshou”, “Tanah Tebal”, “Daun Pisang Menghijau”, “Hijau Kuning” dan “Era Tatu”.

Kategori: Buku Baharu

MAHAYA Mohd. Yassin juga telah menghasilkan sebuah lagi kumpulan puisi yang berjudul Sakura yang menghimpunkan 50 buah puisi dalam pelbagai tema. Antara puisi-puisi yang terkandung dalam kumpulan puisi ini ialah Di Negara Orang, Bahasa Ibunda, Kembang Sakura, Musim Bunga, Hijrah, Bawa Bersama-sama dan Bonda. Semua puisi tersebut mengandungi mesej positif yang dapat ditanamkan ke dalam jiwa pembaca terutamanya dalam kalangan kanak-kanak tentang nilai-nilai murni dan membina sahsiah diri yang berguna.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1063446
    Visit Today : 1175
    This Month : 11699
    Total Visit : 1063446
    Hits Today : 4151
    Total Hits : 4366936
    Who's Online : 4
  • Kategori