PANTUN Berkait Peri Loka Tanah Melaka merupakan khazanah tradisi lisan budaya Melayu yang tidak sepopular pantun biasa yang diketahui umum. Pantun berkait memerlukan kepintaran atau kecerdikan dan ketinggian akal mentafsir. Keindahan pantun dalam karya ini diolah menggunakan pantun berkait sebagai medium untuk menyerlahkan kecerdikan, ketinggian dan kebijaksanaan pantun Melayu perihal tanah Melaka yang bersejarah. Pelbagai sifir, falsafah, perbendaharaan kata, kelogikan pembayang serta maksud; kendatipun ilmu yang cukup tinggi untuk menjejaki jejak dan memperbaharui babak peri loka tanah Melaka ini.

Kategori: Buku Baharu

NAHU Kemas Kini ialah sebuah lagi buku tatabahasa bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar. Beliau mengemaskinikan kandungan buku ini dengan mengambil kira semua perkembangan dalam bahasa Melayu dan keperluan penuturnya sehingga kini. Liputan Nahu Kemas Kini menyeluruh dan mudah difahami supaya dapat digunakan untuk pengajaran bahasa Melayu yang baik dan betul. Buku ini mengandungi peraturan bahasa dan sosiobudaya yang lengkap. Dengan demikian, buku ini dapat membantu penguasaan bahasa sebagai alat komunikasi dan alat berfikir yang jitu.

Kategori: Buku Baharu

PERBINCANGAN dalam buku ini melibatkan tiga aspek tahaluf siyasi, iaitu prinsip, ciri dan syarat yang dirumuskan daripada penelitian terhadap al-Quran dan hadis. Ketiga-tiga aspek ini juga berkait rapat dengan konsep, falsafah dan kaedah penggunaan tahaluf dari sirah Nabi SAW. Konsep tahaluf siyasi ini penting untuk difahami supaya dapat membina kefahaman mengenai pembinaan perjanjian dan kaedah perundingan Islam terbaharu dalam politik pembangunan semasa. Tahaluf siyasi dalam buku ini dilaksanakan dengan falsafah, tasawur dan acuan yang tersendiri tanpa bercampur aduk dengan falsafah perjanjian politik konvensional. Ia menjadi bidang yang dibentuk mengikut acuan Islam, bukannya dibentuk berdasarkan celupan dari Barat.

Kategori: Buku Baharu

Program Bimbingan Penulisan Novel Sejarah untuk Remaja Zon Utara 2019 bersempena dengan Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2019 telah diadakan di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU), Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 22 Januari 2019. Selain itu, Program Bimbingan Penulisan Novel Sejarah untuk Remaja Zon Utara 2019 menampilkan dua ahli panel dalam bidang kajian sejarah Malaysia dan kesusasteraan Melayu moden dari Universiti Malaya (UM), iaitu Prof Emeritus Dato’ Dr. Abdullah Zakaria dan Prof Madya Dr. Hashim Ismail.

BUKU Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen ini amat efektif untuk individu yang baru menceburi dunia penulisan sastera. Buku ini wajib dijadikan sebagai bahan rujukan penting bagi setiap penulis baharu agar dapat menghasilkan sebuah cerpen yang berkualiti. Sebanyak 17 penulis telah menyumbangkan karya mereka bersama cabaran yang ditelusuri oleh mereka dalam menghasilkan sebuah karya yang berkualiti. Setiap cerpen yang dimuatkan dalam buku ini dijadikan paksi perbincangan oleh setiap penulis dari segi latar, perwatakan dan pengalaman peribadi.

Kategori: Ulasan Buku

SEMEMANGNYA kita mengenali Sasterawan A. Samad Said atau Pak Samad dengan penulisan novel, cerpen, puisi, kritikan, esei dan drama. Dua buah dramanya ialah Di Mana Bulan Selalu Retak (1966), Wira Bukit (1980) dan Lantai T.Pinkie (1996). Pada masa yang sama, beliau mencipta istilah dekon yang merangkumi deklamasi dan lakon. Sesungguhnya, dekon merupakan wadah atau medium baharu dalam pementasan yang sederhana sifatnya dari segi pencahayaan, kostum, penggunaan set, bilangan watak malah durasinya juga antara 40 minit sehingga satu jam.

Kategori: Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    1063170
    Visit Today : 899
    This Month : 11423
    Total Visit : 1063170
    Hits Today : 3209
    Total Hits : 4365994
    Who's Online : 13
  • Kategori