Pantun Berkait Peri Loka Tanah Melaka merupakan khazanah tradisi lisan budaya Melayu yang tidak sepopular pantun biasa yang diketahui umum. Pantun berkait memerlukan kepintaran atau kecerdikan dan ketinggian akal mentafsir. Keindahan pantun dalam karya ini diolah menggunakan pantun berkait sebagai medium untuk menyerlahkan kecerdikan, ketinggian dan kebijaksanaan pantun Melayu perihal tanah Melaka yang bersejarah. Pelbagai sifir, falsafah, perbendaharaan kata, kelogikan pembayang serta maksud; kendatipun ilmu yang cukup tinggi untuk menjejaki jejak dan memperbaharui babak peri loka tanah Melaka ini. Kesungguhan memikir, merancang dan membina karya ini merupakan pengembaraan penulis yang harus diteroka bersama-sama. Episod dan perjalanan sejarah negeri Melaka menuju kejayaan disorot fasa demi fasa dengan membahagikan lima fasa, iaitu Fasa 1: Pengasas Kerajaan dan Empayar Melaka, Fasa 2: Ceritera Empayar Melaka, Fasa 3: Dakwah dan Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Fasa 4: Pusat Tamadun Melayu Warisan dan Legasi di Pelosok Negara, Rantau dan Dunia, dan Fasa 5: Melaka Terus Gemilang. Inilah magis tawarikh Kesultanan Melayu Melaka yang perlu dibaca sambil menikmati keindahan pantun Melayu.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1015018
    Visit Today : 1047
    This Month : 34363
    Total Visit : 1015018
    Hits Today : 5615
    Total Hits : 4142417
    Who's Online : 9
  • Kategori