KEMBOJA KLIAS mengangkat semangat perjuangan nasionalisme dan kemanusiaan pada zaman penjajahan Inggeris di Sabah. Yusof Fansuri, seorang ustaz lulusan sekolah pondok nekad untuk berjuang menegakkan syariat agama dalam kelompok masyarakat yang mementingkan adat budaya pada waktu itu. Konflik bermula setelah beliau difitnah di desa kelahirannya, Kota Klias. Beliau akhirnya berhijrah ke sebuah desa bernama Kemboja Klias untuk menggantikan imam surau yang telah meninggal dunia. Penghijrahannya telah membuka banyak peristiwa dalam hidupnya.

Kategori: Buku Baharu

SIAPA menyangka bahawa bakat menulis lirik lagu yang tumbuh dalam diri Jasni Matlani terus berkembang dan mencipta nama yang cemerlang dalam dunia penulisan dengan jayanya.

Kategori: Bakat

TEKNOLOGI canggih kadang-kala menjadi punca keracunan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kesat dan tidak sopan sudah menjadi kebiasaan terutamanya di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Kategori: Puji & Tegur

CERAMAH umum Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) Malaysia anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah bersiaran secara langsung menerusi Facebook Langsung DBP Malaysia pada 17 Jun 2020, jam 2.30 petang. Ceramah umum itu diadakan bersempena dengan ulang tahun DBP yang ke-64. Sesi perkongsian tersebut dikendalikan oleh ahli JKTBM yang juga pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz. Beliau membahaskan isu tulisan Jawi di Malaysia dalam kajiannya yang bertajuk, “Tulisan Jawi: Isu Agama atau Bahasa?”.

Kategori: Berita, Featured

Buku Siri Kajian Pemikiran Sasterawan Negara: Pemikiran Sasterawan Negara Usman Awang telah menghimpunkan sejumlah besar kertas kerja yang digarap oleh ahli akademik, penulis dan juga pengamat karya kesusasteraan terutamanya karya-karya tulisan Usman Awang. Usman Awang merupakan penerima ketiga Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran Sasterawan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebagai seorang penulis yang menulis dalam pelbagai genre, Usman Awang tidak terlepas dalam menggunakan beberapa nama pena seperti Tongkat Warrant, Setiabudi, Manis, Adi Jaya, Atma Jiwa dan Zaini. Menerusi buku ini, Anwar Ridhwan tampil menulis pengenalan yang menyentuh tentang kesemua kertas kerja yang dikemukakan dalam buku ini. Terdapat enam kelompok yang dibahagikan bagi membicarakan karya dan kegiatan kesusasteraan Usman Awang. Kelompok yang dimaksudkan ialah puisi, drama, cerpen, novel, esei kritikan dan kegiatan.

Kategori: Ulasan Buku

OLEH ZETY NATAMULIA ELIAS Menelusuri Sejarah Muzik Tradisional Seni muzik merupakan satu daripada cabang seni tradisional Melayu selain seni gaya, seni rupa dan permainan tradisional. ‘Muzik’ merupakan istilah popular setelah kemasukan unsur barat. ‘Muzik’ merupakan istilah pinjaman dari Parsi.  Muzik diterima sebagai bunyi atau sesuatu yang sedap didengar dan dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan. Muzik merupakan satu fenomena yang sangat unik, yang boleh juga dibunyikan dengan gabungan beberapa […]

Kategori: Warisan

MELIHAT beliau melakar warna-warna seni di dada kanvas yang putih suci sehingga warna-warna alam tersebut berkembang menjadi guru yang mengajar erti kehidupan, pasti menerbitkan rasa kagum yang mendalam pada setiap retina yang menatapnya. Setiap calitan warna mempunyai makna yang terolah. Setiap rona yang berpaksi pada kanvas mempunyai cerita yang tersendiri. Begitulah keindahan yang dilakar oleh pemilik nama Nazhatulshima Nolan, anak kelahiran Batu Pahat, Johor, juga seorang Pensyarah Kanan Bahasa Inggeris di Jabatan Bahasa Inggeris, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Johor.

Kategori: Bakat, Tokoh

Menurut Kamus Dewan, perkataan ‘santun’ membawa makna halus budi pekerti; beradab; rasa belas kasihan terhadap orang lain. Kesopanan berbahasa merujuk pada penggunaan bahasa yang baik, sopan dan beradab supaya tingkah laku tersebut memancarkan keperibadian kita yang mulia selain sebagai penghormatan kepada pihak yang dilawan bicara. Santun merujuk pada tutur kata, bahasa badan dan intonasi suara. Kesantunan berbahasa dalam apa-apa jua keadaan membina satu segmen budi bahasa, bertutur dalam keadaan yang sopan dan berhemah, tidak memaki-hamun dan tidak menggunakan kata yang kesat atau tidak senonoh.

Kategori: Bicara, Makalah
  • Arkib

  • Statistik

    1062896
    Visit Today : 625
    This Month : 11149
    Total Visit : 1062896
    Hits Today : 2125
    Total Hits : 4364910
    Who's Online : 13
  • Kategori