Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pahlawan diertikan sebagai seorang yang gagah dan berani dalam memperjuangkan nasib negaranya daripada dijadikan mangsa dalam sesuatu peperangan. Kamus Dewan Edisi Keempat telah menyenaraikan sinonim kepada perkataan pahlawan, iaitu perwira, kesateria, wirawan serta pendekar. Kebiasaannya, konsep pahlawan digunakan kepada seseorang yang berjasa dalam membela nasib sesebuah negara daripada terus ditindas.

Kategori: Ulasan Buku

Bahasa rojak dapat didefinisikan sebagai satu bentuk bahasa yang digunakan oleh masyarakat dengan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin, Arab dan sebagainya. Penggunaan bahasa rojak dalam bidang-bidang tertentu seperti pengiklanan dan penyiaran bukanlah suatu perkara yang baharu di negara ini.

Kategori: Puji & Tegur

Sejarah dan Latar Belakang Kehidupan Abdul Kadir Adabi Sejarah perjuangan dan kehidupan Abdul Kadir Adabi dalam perkembangan sejarah negeri Kelantan, dunia kesusasteraan dan dunia penerbitan di Kelantan bermula menerusi perjuangan Abdul Kadir Adabi dalam perkembangan sejarah Kelantan.

Kategori: Bicara, Makalah

Pantun ialah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak berzaman-zaman lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan buah fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara.

Kategori: Ulasan Buku

Seiring dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia menjelang tahun 2020, turut menyusul ialah tanggungjawab yang berat bagi merapatkan jurang masyarakat Malaysia dengan buku. Oleh yang demikian, cabaran pertama yang perlu diatasi terlebih dahulu bukan untuk menggalakkan masyarakat supaya menyentuh, membaca dan membeli buku, sebaliknya menarik tumpuan dan mendorong mereka untuk mendekati buku. Walaupun realitinya perkara ini bukan satu kerja yang mudah untuk berbuat demikian dalam suasana industri buku negara ini, tetapi bagaimana sesebuah buku dapat memikat hati bakal pembacanya?

Kategori: Puji & Tegur

Selalu menjadi masalah kepada kita untuk menentukan sama ada perlu atau tidak huruf ا (alif) ditulis apabila pola KV berada di akhir kata. Hal ini terjadi kerana vokal [a] dalam pola KV di akhir suku kata mempunyai kaedah tertentu untuk menentukan sama ada huruf ا kekal atau digugurkan. Kali ini kita bincangkan dua perkara iaitu kekal ا dan gugur ا .

Kategori: Jawi

Penganjuran pesta buku merupakan acara tahunan bagi setiap negara. Di sinilah tempat berhimpun golongan penerbit dan pencinta buku meneroka peluang dan pasaran. Tidak ketinggalan juga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit ulung di negara ini. Pada 4 hingga 8 September 2019, DBP telah menyertai Pesta Buku Antarabangsa Indonesia 2019 (IIBF) yang berlangsung di Jakarta Convention Center (JCC).

Kategori: Berita, Featured

Bengkel Penulisan dan Penerbitan Jurnal Berindeks Berteraskan Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019 anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah diadakan di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS pada 30 Ogos 2019. Bengkel satu hari ini telah menghimpunkan pensyarah dan pelajar pascasiswazah UNIMAS dari Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Sesi perkongsian mengenai dunia penerbitan akademik ini dikendalikan oleh Prof. Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid, Ketua Editor untuk jurnal Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies. Kajian Malaysia adalah sebuah jurnal penerbitan yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1063374
    Visit Today : 1103
    This Month : 11627
    Total Visit : 1063374
    Hits Today : 3966
    Total Hits : 4366751
    Who's Online : 9
  • Kategori