Fizik nuklear pada masa kini terdiri daripada pelbagai bidang, merangkumi kajian yang bermula daripada satu partikel (neutron dan proton) kecil dalam nukleus atom hingga kepada objek astrofizik dalam kosmos. Sains nuklear dan teknologinya, serta peralatan dan instrumennya digunakan secara meluas bagi mengatasi masalah besar dalam perubatan, perlindungan sempadan, keselamatan negara, forensik nuklear, teknologi tenaga dan kaji cuaca.

Kategori: Ulasan Buku

Umumnya, apabila berbicara mengenai topik feudalisme pasti dikaitkan dengan penindasan, kemunduran dan perhambaan. Sisi gelap feudalisme ini sudah lama tertanam dalam minda masyarakat. Doktrin tersebut mula berpengaruh selepas Revolusi Perancis, 1789 dan dipopularkan pula oleh pemikir terkenal seperti Adam Smith dan Karl Marx. Kesannya, timbul penyalahgunaan istilah feudal dan impak negatif yang sering dikaitkan dengan pengeksploitasian tanah dan penindasan.

Kategori: Ulasan Buku

Perbincangan tentang konsep manusia telah lama melingkungi dunia ilmiah sejak zaman-berzaman. Tidak terkecuali, Islam juga mempunyai dimensi dan pandangan tersendiri tentang manusia. Yang menarik untuk diperkatakan ialah apabila Al-Quran sebagai sumber wahyu telah menghantar mesej dan menggambarkan manusia dari pelbagai jurus pandang. Al-Quran ialah petunjuk dan hidayah yang memimpin manusia ke arah kebenaran seterusnya memperbetulkan pemahaman manusia tentang hakikat kejadian yang terpesong. Penulis menukilkan pandangan Yusof Al-Qardhawi yag menyatakan bahawa manusia dalam masyarakat Islam harus beriltizam dengan tauhid, iaitu akidah Islam. Pernyataan tersebut sebenarnya merujuk kesyumulan Islam sebagai agama yang mengatur kehidupan manusia daripada segenap aktiviti dan lapangan. Pandangan kesyumulan itulah sebenarnya pandangan Islam terhadap manusia. Syumul dalam akidah yang satu dan tiada pensyirikan kepada yang lain. Syumul juga dalam sistem peradaban atau muamalah yang terangkum dalam lunas dan landasan hukum-hakam agama.

Kategori: Ulasan Buku

Amalan membaca buku bukanlah budaya asing bagi rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan anak muda. Pelbagai jenis buku ditawarkan di kedai-kedai buku berdekatan daripada buku berbentuk komik dan novel remaja sehinggalah buku ilmiah yang selalu ditelaah untuk menambah ilmu pengetahuan. Buku-buku ini juga mudah didapati di platform laman sesawang seperti Amazon, Google Play dan e-sentral.

Kategori: Suara Anak Muda

Malaysia memiliki keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri-ciri latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik. Mereka saling berhubungan dengan menggunakan bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza.

Kategori: Warisan

Perlembagaan ialah peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi pemerintahan kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai kerajaan iaitu Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan serta prinsip-prinsip dalam pentadbiran negara.

Kategori: Suara Anak Muda

Huruf hamzah sering menjadi perhatian kepada pencinta tulisan jawi kerana memerlukan kefahaman untuk menentukan jenis hamzah yang perlu ditulis dalam perkataan. Jenis dan kedudukan hamzah dalam tulisan jawi mesti mengikut kaedah yang telah ditentukan. Yang berikut ialah jenis hamzah yang digunakan dalam tulisan jawi:

Kategori: Jawi

Sejarah kemunculan kesusasteraan dalam tamadun dunia dan tamadun Melayu di Nusantara telah memaparkan kesenian bahasa manusia menerusi kemahiran berbahasa, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran pertuturan manusia yang turut diungkapkan dalam khazanah sastera rakyat dan puisi.

Kategori: Bicara, Makalah
  • Arkib

  • Statistik

    1063157
    Visit Today : 886
    This Month : 11410
    Total Visit : 1063157
    Hits Today : 3172
    Total Hits : 4365957
    Who's Online : 13
  • Kategori