Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak selaku urus setia Majlis Penyampaian Anugerah Sastera Negeri Sarawak (ASNS) 2017 mendapat dukungan penuh Kerajaan Negeri Sarawak dalam menganjurkan anugerah berprestij ini buat kali ke-10. Penyampaian anugerah mengikut kategori yang berlangsung pada 26 Februari 2018 (Isnin) di Hotel Pullman, Kuching merupakan projek terulung kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan di Sarawak dan dimulai sejak tahun 1994 lagi.

Kategori: Berita, Featured

Melahirkan novel bertemakan perubatan sebagai wadah penulisan kreatif untuk dimanfaatkan oleh pembaca merupakan objektif yang ingin dicapai daripada Bengkel Pemurnian Manuskrip (Perubatan dan Kesihatan) DBP-USM 2018 pada kali ini. Bengkel anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini berlangsung pada 21 dan 22 Februari 2018.

Kategori: Berita, Featured

Bersempena dengan Pameran Kartun dan Kita yang berlangsung dari 8 Disember 2017 hingga 5 April 2018, Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Rumah Kartun Komik Malaysia (MCCH) dan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) telah menganjurkan Bicara @ Muzium: Bila Kartun Berbicara “Kuasa Kartun” pada 28 Februari 2018, di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    1062824
    Visit Today : 553
    This Month : 11077
    Total Visit : 1062824
    Hits Today : 1887
    Total Hits : 4364672
    Who's Online : 10
  • Kategori