Perak merupakan sebuah negeri di utara Malaysia yang berkeluasan kira- kira 21,005 km2 iaitu 6.4% dari jumlah keluasan Malaysia. Perak juga merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Perak mempunyai 24 kawasan parlimen, 59 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 10 daerah (Portal 1Klik, 14 November 2008). Perak mempunyai pelbagai khazanah dan bahan sejarah kerana Negeri Perak telah wujud pada zaman pra sejarah. Kewujudan Perak pada awal evolusi manusia terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosil-fosil manusia (Portal Rasmi Negeri Perak, 27 Mei 2016).

Kategori: Makalah, Warisan

Penutup tahun 2017 menyaksikan pelaksanaan program pengiktirafan dan penganugerahan kepada para karyawan, penulis, rakan organisasi dan pihak media massa. Rasa keakraban dan sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadap usaha dan kegiatan yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2017 dizahirkan melalui Majlis Anugerah Tinta Kenyalang dan Malam Lestari Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak dan berlangsung pada 29 November 2017, pukul 8.00 malam di Hotel Pullman, Kuching. Majlis berbesar hati menerima kehadiran Yang Berhormat Dr. Annuar Rapa’ee, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidikan, Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak sebagai tetamu kehormat dan perasmi majlis.

Kategori: Berita, Featured, Makalah
  • Arkib

  • Statistik

    1062009
    Visit Today : 1160
    This Month : 10262
    Total Visit : 1062009
    Hits Today : 4202
    Total Hits : 4360534
    Who's Online : 9
  • Kategori