Oleh NORSUHAILA IBRAHIM  SIMPULAN bahasa merupakan satu daripada jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata atau lebih yang membawa makna yang berlainan daripada maksud asal perkataan yang digunakan dengan maksud yang tepat dan padat. Simpulan bahasa digunakan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu untuk menggambarkan sifat, tingkah laku, situasi dan perangai spontan manusia dalam menjalani kehidupan harian mereka. Sejak dahulu lagi, simpulan bahasa […]

Kategori: Kajian, Makalah

Setiap bangsa yang wujud di dunia ini pasti mempunyai asal usul mereka tersendiri. Tidak ada bangsa yang tiada mempunyai asal usul. Maka disiplin ilmu sejarah begitu penting bagi mereka yang ingin mengkaji asal usul keturunan dan sesuatu bangsa. Bahkan dengan mengkaji sejarah bangsa sendiri secara tidak langsung akan menanamkan sifat jati diri dalam sebuah masyarakat untuk terus dipegang dari satu generasi ke generasi yang lain. Bahkan bagi orang luar juga jika ingin mengetahui sikap, tingkah laku dan sosial sesuatu bangsa pasti akan menjadikan sejarah sebagai rujukan utama mereka agar dapat memahami secara umum cara hidup sesebuah masyarakat.

Kategori: Ulasan Buku

Berita merupakan jenis penulisan yang biasa kita temui dalam pelbagai majalah dan akhbar. Secara umumnya, berita bolehlah dijelaskan sebagai perkara yang dikhabarkan melalui media cetak atau media elektronik. Berita terdiri daripada fakta-fakta tetapi bukan setiap fakta boleh dianggap berita. Berita biasanya perihal tentang manusia, peristiwa dan hal. Namun begitu, bukan setiap orang mempunyai nilai-nilai berita tentang dirinya yang menarik perhatian orang lain. Berita merupakan apa-apa sahaja yang berlaku dalam dunia ini.

Kategori: Makalah

Kerap kali kita menggunakan perkataan Inggeris dalam pertuturan harian sama ada penuturnya menyelitkan sesuatu perkataan itu secara sengaja atau tidak sengaja. Bagi kebanyakan orang, mereka beranggapan tiada istilah alih bahasa yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu. Maka mereka terus bercakap dengan istilah Inggeris dalam ayat bahasa Melayu mereka. Ada juga yang sengaja menggunakan perkataan dengan gaya slanga Inggeris, mungkin untuk dilihat atau didengar lebih maju dan terkehadapan.

Kategori: Puji & Tegur

Untuk maksud “menyalin kembali teks yang ditulis dengan huruf Jawi kepada teks Rumi”, kata manakah yang paling tepat digunakan antara transkripsi dengan transliterasi? Pertanyaan ini penulis ajukan kerana masih ada yang terkeliru dengan penggunaan kedua-dua kata atau istilah tersebut, dan penulis pernah ditanyakan hal itu.

Kategori: Bahasa, Bimbingan

Pada 8 Disember 2017, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Majlis Hari Inovasi DBP 2017 bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP. Majlis yang bertemakan “Membudayakan Kreativiti, Memperkasakan Inovasi” telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Alias bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis ini juga diadakan untuk melancarkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.

Kategori: Berita

Pada 5 hingga 7 Disember 2017, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) meneruskan kerjasama menganjurkan Kursus Penulisan Profesional di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya.

Kategori: Berita

MEMBACA novel Perlumbaan Kedua (1992) karya Marwilis Haji Yusof pasti mengingatkan pembaca kepada novel Tikus Rahmat (1963) karya Hassan Ibrahim. “Wan Empuk Kakak Wan Malini” cerpen karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, mengingatkan pembaca kepada watak Wan Empuk dan Wan Malini dalam peristiwa di Bukit Si Guntang yang terdapat dalam karya agung, Sejarah Melayu (1979). Begitu juga dengan karya terbaharu Siti Sara Hassan, Seharum Mawar (2017), seolah-olah mempunyai persamaan dengan cerita rakyat, Bawang Putih Bawang Merah.

Kategori: Kajian, Makalah
  • Arkib

  • Statistik

    1046880
    Visit Today : 496
    This Month : 29479
    Total Visit : 1046880
    Hits Today : 1123
    Total Hits : 4295925
    Who's Online : 10
  • Kategori