Ucapan Panel, Encik Balachandran a/l Murugasan dari RTM Kuala Lumpur pada sesi Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan anjuran Bahagian Penguatkuasaan DBP di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad.

Ucapan Panel, Puan Raja Rajeswari Seetha Raman dari Institut Pendidikan Guru, Kampus bahasa Melayu, Kuala Lumpur pada sesi Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan anjuran Bahagian Penguatkuasaan DBP di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad.

Ucapan Panel, Puan Raja Rajeswari Seetha Raman dari Institut Pendidikan Guru, Kampus bahasa Melayu, Kuala Lumpur pada sesi Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan anjuran Bahagian Penguatkuasaan DBP di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad.

Wacana Fikrah Ummah Siri Keempat anjuran Bahagian Majalah DBP telah diadakan baru-baru ini di dewan seminar Dato’ Hassan Ahmad. Wacana kali ini menampilkan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Timbalan Naib Canselor INTI – Laureate International University. Tajuk wacana – “Pembinaan Prinsip Perjuangan Bahasa: Pengembaraan yang Mencabar”

Wacana Pemartabatan Bahasa Kebangsaan anjuran Bahagian Penguatkuasaan DBP telah diadakan baru-baru ini bertempat di Dewan Seminar Dato’ Hassan Ahmad. Wacana yang diisi dengan “Dialog Bahasa Kebangsaan – Bahasa Membina Negara” adalah kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Yayasan Tamil Malaysia.

Majlis Anugerah Anak Cemerlang DBP 2013 telah diadakan pada 5 Jun 2014 di Dewan Bankuet, DBP. Seramai 39 orang anak-anak staf DBP yang cemerlang dalam peperiksaan bagi tahun 2013 dipilih menerima anugerah. Majlis ini dianjurkan oleh Biro Pendidikan, Badan Keluarga DBP dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Prof. Dr. Zaharani Ahmad.

Prof. Dato’ Dr. Mohd. Othman Haji Yusof ketika menyampaikan Wacana Intelektual: Falsafah Sains Tauhidik di Sanggar Za’ba, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 20 Jun 2014.

Acara Santai Pagi Minggu di Kediaman Sasterawan Negara, Dato’ Baha Zain telah berlangsung dalam suasana yang penuh silaturahim, dalam kawasan perumahan yang sangat alamiah. Acara di Taman Permai Jaya, Gombak itu dianjurkan oleh Persatuan Suri Rabitah taman berkenaan. Acara jualan bagi memungut dana tabung persatuan dimeriahkan dengan penyampaian deklamasi puisi oleh para sasterawan tanah air. Turut hadir, Datuk Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP.

  • Arkib

  • Statistik

    1062662
    Visit Today : 391
    This Month : 10915
    Total Visit : 1062662
    Hits Today : 1390
    Total Hits : 4364175
    Who's Online : 7
  • Kategori