SEBAGAI negeri beradat perpatih, Negeri Sembilan kaya dengan warisan kebudayaan yang unik seperti seni persembahan tradisional bongai, randai, dan tumbuk kalang. Walaupun kurang dikenali, seni persembahan ini masih berkumandang di sudut-sudut tertentu negeri ini walaupun gemanya tidak selantang suatu ketika dahulu.