Laut Takjub merupakan sebuah kumpulan cerpen yang luar biasa kerana digarap oleh seorang yang tersohor sebagai penyair. Penulisnya ialah Kemala atau Dato’ Dr Ahmad Kamal Abdullah yang merupakan Sasterawan Negara terbaharu untuk tahun 2011. Kedua, Laut Takjub istimewa kerana memenangi Hadiah Buku Kebangsaan bagi tahun 2012 dan turut diiktiraf oleh Centre of Excellence University of Oxford.

Kategori: Ulasan Buku

Novel ini dengan sangat menarik memperlihatkan bagaimana orang-orang Melayu yang kaya dan terhormat serta memiliki tanah serta rumah besar di Pulau Pinang, tergadai satu demi satu hartanah mereka kepada bangsa asing yang datang berdagang di Pulau Pinang akibat anak cucu mereka yang leka dan berfoya-foya dengan kemewahan yang mereka warisi. Akhirnya tanah tanah-tanah berharga di Pulau Pinang yang asalnya milik orang-orang Melayu-Islam jatuh ke tangan orang bukan Islam dan bangsa asing yang berhijrah ke Pulau Pinang.

Kategori: Ulasan Buku

Kata ‘kau’ berasal daripada kata ‘engkau’ digunakan di awal kata. Kata ‘ku’ berasal daripada kata ‘aku’ digunakan di awal dan di akhir kata.Kata ‘mu’ berasal daripada kata ‘kamu’ digunakan di akhir kata sahaja.Dan kata ‘nya’ daripada kata ganti nama diri ketiga (dia); digunakan di akhir kata sahaja.

Kategori: Jawi

Jangan baca sekilas pandang kerana puisi-puisi Kemala penuh dengan maksud tersirat. Bahasa yang digunakan sangat puitis dan adakala juga bersahaja. Namun, otak yang berfikir menyelongkar maksud tersirat puisi itu mampu menggoncangkan jiwa. Puisi-puisi Kemala juga telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Cina, Rusia, Sepanyol, Jerman, Jepun, Romania, Urdu, Benggali dan Tamil.

Kategori: Buku Baharu

Cerpen-cerpen Sasterawan Negara Kemala mencoretkan kisah-kisah pengalaman hidup beliau serta ada juga yang berdasarkan kisah benar dalam masyarakat kita. Penyusunan plot cerita dan imaginasi latar tempat dan masa sangat kemas dan menarik pembaca untuk terus hanyut dalam cerpen beliau.

Kategori: Buku Baharu

Buku ini menampilkan empat buah drama karya Sasterawan Negara, Kemala iaitu “Malam Perhitungan”,“Anna”,“Di Bumi Lain” dan “Kelongsong”. Kemala menampilkan drama yang ringkas dan tidak berat dan beliau berjaya menimbulkan isu kemasyarakatan serta meletakkan falsafah hidup yang berbeza bagi mencorakkan jati diri terhadap watak-watak yang dimainkan.

Kategori: Buku Baharu

Kaing-kaing ialah nama sebuah desa yang terletak di pinggiran. Dahulunya desa itu meriah dengan gelak tawa orang kampung. Namun, kini diam, kelam dan sepi. Orang-orang kampung yang berani bersuara dan berani bertindak, kini diam bagaikan jawi ditarik keluan sejak ada kuasa yang bermaharajalela di situ. Harapan menggunung mengharapkan kepulangan Ari Lebu, wira yang disebut-sebut untuk mengubah semuanya, tidak sama seperti yang digambarkan. Ari Lebu hidup dalam dunia diamnya.

Kategori: Buku Baharu

“ROYAL Malaysia Police College Kuala Lumpur: Cradle of Police Excellence”. Begitu bunyinya slogan yang terpampang di lereng bukit di tepi lebuh raya Cheras – Kajang milik Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur atau dikenali juga dengan Royal Malaysia Police College Kuala Lumpur yang terletak di Cheras Selatan. Papan tanda yang memaparkan bahasa Inggeris sepenuhnya itu menggerakkan hati penulis untuk mendalami perkara ini.

Kategori: Puji & Tegur
  • Arkib

  • Statistik

    1047199
    Visit Today : 815
    This Month : 29798
    Total Visit : 1047199
    Hits Today : 2014
    Total Hits : 4296816
    Who's Online : 15
  • Kategori