Minggu Penulis Kanak-kanak (MPKK) 2010 program tahunan dalam kalendar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang sebelum ini pada tahun 1991, dikenali sebagai Kem Penulis Kanak-kanak masih mendapat sambutan kanak-kanak terutamanya penulis muda majalah Dewan Pelajar (DP) terbitan DBP yang menulis dalam ruangan Ceritaku dan Puisiku.

Kategori: Berita

Secara umumnya, apabila kita berkunjung ke kompleks beli-belah di bandar-bandar besar termasuk di Lembah Klang, penggunaan bahasa kebangsaan di tempat-tempat tersebut masih berada pada tahap yang tidak memuaskan. Kebanyakan premis di kompleks beli-belah tidak mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan, bukan sahaja tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul malahan ada yang tidak menggunakannya langsung dan sebaliknya mengagung-agungkan bahasa Inggeris.

Kategori: Puji & Tegur

Anugerah Penulis Asia Tenggara, Southeast Asian Write Award atau lebih dikenali sebagai S.E.A. Write Award merupakan anugerah berprestij yang diwujudkan bagi mengiktiraf para penulis dan penyair terkemuka di negara-negara rantau ASEAN, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Kategori: Berita

DALAM ucapan Amanat Tahun Baharu yang baru lalu, Ketua Pengarah menyarankan warga DBP agar berusaha meningkatkan ilmu, antaranya dengan rajin membaca. Malahan untuk merealisasikan hasrat ini, Bahagian Sumber Manusia dikehendaki merangka latihan bagi memastikan pegawai-pegawai DBP dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan dan penanaman nilai murni yang lain bagi meningkatkan kompetensi seseorang pegawai.

Kategori: Editorial

“Penterjemahan diibaratkan jambatan yang menghubungkan dua pihak yang berlainan bangsa yang membolehkan komunikasi dan interaksi berkesan diwujudkan. Justeru, terjemahan yang dihasilkan amat penting untuk menyampaikan pelbagai jenis maklumat yang ada pada satu komuniti bahasa kepada satu komuniti bahasa yang lain."

Kategori: Berita

Dalam konteks Malaysia, perancangan taraf bahasa melibatkan upaya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Penetapan bahasa Melayu sebagai asas perancangan bahasa di Malaysia didasarkan pada penerimaan kenyataan bahawa bahasa Melayu merupakan tonggak tamadun di alam Melayu sejak zaman Sriwijaya dan kemudian pada zaman kesultanan Melayu di pelbagai pusat tamadun Melayu di rantau Asia Tenggara.

Kategori: Catatan KP
  • Arkib

  • Statistik

    1063412
    Visit Today : 1141
    This Month : 11665
    Total Visit : 1063412
    Hits Today : 4049
    Total Hits : 4366834
    Who's Online : 9
  • Kategori