Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak selaku urus setia Majlis Penyampaian Anugerah Sastera Negeri Sarawak (ASNS) 2017 mendapat dukungan penuh Kerajaan Negeri Sarawak dalam menganjurkan anugerah berprestij ini buat kali ke-10. Penyampaian anugerah mengikut kategori yang berlangsung pada 26 Februari 2018 (Isnin) di Hotel Pullman, Kuching merupakan projek terulung kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan di Sarawak dan dimulai sejak tahun 1994 lagi.

Kategori: Berita, Featured

Melahirkan novel bertemakan perubatan sebagai wadah penulisan kreatif untuk dimanfaatkan oleh pembaca merupakan objektif yang ingin dicapai daripada Bengkel Pemurnian Manuskrip (Perubatan dan Kesihatan) DBP-USM 2018 pada kali ini. Bengkel anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini berlangsung pada 21 dan 22 Februari 2018.

Kategori: Berita, Featured

Program Bicara PEM diadakan sebagai suatu usaha untuk menyatupadukan editor dan membina serta memperkukuh profesionalisme editor melalui penganjuran forum dan program ilmu. Sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, tajuk yang dikupas dalam Bicara PEM pada kali ini berkisar tentang perubahan landskap dunia penerbitan, iaitu penerbitan digital.

Kategori: Berita, Featured

Demi menyahut seruan era digital, Bahagian Multimedia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Bengkel Ekonomi Digital pada 19 Februari 2018. Bengkel yang berlangsung di Dewan Seminar Datuk Hassan Ahmad ini dihadiri oleh kakitangan DBP.

Kategori: Berita, Featured

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Pertubuhan Pengkarya Filem Muda (MYFA), Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita (WADI Malaysia) dan Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) telah melancarkan dua program, iaitu Ekspresi Muzik Jalanan 2018 (EMJ 2018) dan Festival Filem Pendek Nusantara 2018 (FFPN 2018) pada 19 Februari 2018 (Isnin) di Galeri Bahasa Jiwa Bangsa, Menara DBP.

Kategori: Berita, Featured

Bausung ialah khazanah budaya Banjar yang kini kian langka, namun perlu terus dilestarikan agar generasi mendatang dapat mengenali budaya unik ini. Pada suatu ketika dahulu, masyarakat Banjar, khususnya di Sabak Bernam, Selangor, kerap mengamalkan budaya bausung, tetapi kini agak sukar untuk ditemukan lagi.

Kategori: Featured, Warisan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) telah menganjurkan Wacana Komersialisasi Sastera pada 13 Februari 2018, di Wisma ITBM, Kuala Lumpur. Wacana telah menyaksikan perbincangan antara ahli panel, iaitu Encik Mohd. Khair Ngadiron, Pengarah Urusan ITBM, Dr. Norhayati Abd. Rahman, pensyarah Universiti Malaya, Encik Saifullizan Yahaya, Ketua Akademi DBP dan Encik Nurul Asyikin Abd. Hamid penulis bebas. Encik Mohd. Rozlan Mohamed Noor pula bertindak sebagai pemudah cara.

Kategori: Berita, Featured

Mekmulung berasal daripada perkataan “mek”, iaitu panggilan kepada gadis, sementara perkataan mulung mempunyai dua maksud, iaitu nama hutan Ligor, di Siam iaitu tempat bermulanya persembahan ini diadakan, manakala maksud kedua ialah sulung, iaitu anak pertama yang memegang watak Puteri Cahaya Bulan.

Kategori: Featured, Warisan
  • Arkib

  • Statistik

    1051656
    Visit Today : 969
    This Month : 34255
    Total Visit : 1051656
    Hits Today : 3132
    Total Hits : 4317593
    Who's Online : 7
  • Kategori