Seminar Mendaulatkan Bahasa Melayu yang bertemakan “Bahasa Melayu Meniti Era Revolusi Industri ke-4” telah diadakan pada 16 Ogos 2018 di Dewan Bankuet, Universiti Putra Malaysia (UPM). Penganjuran seminar ini bertujuan untuk memastikan kedudukan bahasa Melayu dalam sektor pendidikan tinggi terus diperkukuh selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta sebagai pembentuk jati diri bangsa Malaysia dan generasi akan datang. Seminar anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama UPM dan Dewan Bahasa dan Pustaka ini merupakan usaha untuk menggalakkan ahli akademik dan penjawat awam memperkaya dan memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam menghadapi gelombang Revolusi Industri Keempat .

Kategori: Berita, Featured

Pada 15 – 16 Ogos, bertempat di Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) , Kuala Lumpur telah diadakan kursus penulisan berita dan rencana yang disertai oleh seramai 21 orang peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta seluruh negara. Kursus selama dua hari itu dikendalikan oleh Zaidi Ismail, penceramah daripada DBP yang ternyata mampu menarik minat para peserta yang mempunyai latar belakang kerjaya dan pendidikan yang berbeza.

Kategori: Berita, Featured

Majlis Pelancaran dan Bicara Buku Karya Agung Hikayat Nakhoda Muda anjuran Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diadakan pada 14 Ogos 2018 di aras 31, Menara DBP.

Kategori: Berita, Featured

Majlis Perhimpunan Bulanan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi bulan Julai 2018 mencatat sejarah tersendiri apabila Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP yang baharu pada 9 Julai 2018, menyampaikan amanat sulungnya kepada warga DBP dengan cara dan persembahan yang cukup menarik. Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Pengerusi Lembaga Pengelola DBP ini berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir.

Kategori: Berita, Featured

Persidangan media telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersempena dengan kemenangan supertelefilem Srengenge dalam Anugerah Telenovela 2018. Supertelefilem ini diadaptasi daripada novel karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 1973.

Kategori: Berita, Featured

PADA 31 Julai 2018, telah berlangsung Festival Bahasa dan Sastera 2018 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Festival ini merupakan program anjuran DBP dengan kerjasama Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia, Persatuan Guru Besar Sekolah Tamil Malaysia, dan Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF).

Kategori: Berita, Featured

“Para pelajar perlu terus-menerus diberi ingatan tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan dimartabatkan dan ditempatkan pada kedudukan yang sewajarnya.” Begitulah antara inti ucapan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching, bersempena dengan Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan DBP – KPM 2018 pada 26 Julai 2018 yang lalu.

Kategori: Berita, Featured

Pada 13 Julai 2018, berlangsung majlis Malam Wartawan Malaysia 2018 bersempena dengan penganugerahan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2017 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Majlis anjuran Malaysian Press Institute (MPI) ini diadakan untuk meraikan para karyawan media yang dinobatkan sebagai penyandang utama bagi 20 kategori yang dipertandingkan dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2017.

Kategori: Berita, Featured
  • Arkib

  • Statistik

    1054475
    Visit Today : 91
    This Month : 2728
    Total Visit : 1054475
    Hits Today : 187
    Total Hits : 4328258
    Who's Online : 11
  • Kategori