Oleh ZAIDI ISMAIL

Untuk maksud “menyalin kembali teks yang ditulis dengan huruf Jawi kepada teks Rumi”, kata manakah yang paling tepat digunakan antara transkripsi dengan transliterasi? Pertanyaan ini penulis ajukan kerana masih ada yang terkeliru dengan penggunaan kedua-dua kata atau istilah tersebut, dan penulis pernah ditanyakan hal itu.

Untuk situasi tersebut ada dua pendapat. Ada yang mengatakan bahawa untuk maksud tersebut, kata atau ungkapan yang digunakan ialah “transkripsi daripada Jawi kepada Rumi”, dan ada pula yang menyatakan yang betul ialah “transliterasi daripada Jawi kepada Rumi”. Jadi, kata yang manakah sebenarnya harus digunakan untuk maksud tersebut.

Dari segi penggunaan kata, kedua-duanya sememangnya ada dalam bahasa Melayu dan merupakan istilah dalam bidang ilmu bahasa atau linguistik. Untuk itu, pengguna bahasa boleh merujuk maknanya dalam kamus. Antara kamus yang boleh digunakan termasuklah Kamus Linguistik (1997) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kamus Linguistik (1984) terbitan PT Gramedia Jakarta (susunan Harimurti Kridalaksana). Berdasarkan kamus tersebut, maknanya adalah seperti yang berikut:

Kamus Kata Makna
Kamus Linguistik DBP transkripsi     hlm. 217 Pemindahan bunyi bahasa kepada bentuk tulisan. Antara transkripsi termasuklah transkripsi fonetik, transkripsi fonemik, dan transkripsi ejaan.
transliterasi hlm. 218 Proses atau hasil mengalih tanda grafik daripada satu sistem tulisan kepada satu sistem tulisan yang lain. Contohnya alih huruf daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi.
Kamus Linguistik Harimurti Kridalaksana transkripsi     hlm. 170 Pengubahan wicara (bicara) menjadi bentuk tertulis, biasanya dengan menggambarkan tiap bunyi/fonem dengan satu lambang.
transliterasi

hlm. 171 Penggantian huruf demi huruf dari abjad yang satu ke abjad yang lain.

 

Makna transkripsi dan transliterasi dalam Kamus Linguistik (1997) terbitan DBP dan Kamus Linguistik (1984) terbitan PT Gramedia Jakarta.

Selain kedua-dua kamus itu, pengguna bahasa juga boleh merujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu yang boleh dilayari melalui http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=transkripsi

Makna transkripsi dan transliterasi dalam PRPM yang bersumberkan Kamus Dewan Edisi Keempat.

Berdasarkan makna yang diberikan, jelaslah menunjukkan bahawa kata yang sepatutnya digunakan untuk maksud menyalin kembali teks yang ditulis dengan huruf Jawi kepada teks Rumi ialah “transliterasi daripada Jawi kepada Rumi” bukannya “transkripsi daripada Jawi kepada Rumi”. Kata transkripsi sepatutnya digunakan untuk maksud pemindahan bunyi bahasa atau ucapan kepada bentuk tulisan.

Dari segi maksud atau maknanya, kedua-dua kata itu sememangnya berlainan sama sekali. Dari segi penggunaannya pula, kedua-duanya tidak boleh bertukar ganti kerana tidak bersinonim. Penggunaan kata tersebut secara tidak tepat mungkin disebabkan oleh pengguna bahasa tidak memahami maksud sebenar yang terkandung dalam kata tersebut.

Jadi, sebelum menggunakan sesuatu kata yang tidak jelas maksudnya, pengguna bahasa bolehlah merujuk maknanya dalam kamus terlebih dahulu sebelum menggunakannya agar tidak tersilap penggunaannya.

 

Sila Beri Pandangan


  • Arkib

  • Statistik

    000000
    Melawat hari ini:
    Jumlah Pelawat:
    Hits hari ini:
    Jumlah Hits :
    Siapa atas talian:
  • Kategori

Botanical Slimming Cell Phone Jammer For Sale, Botanical Slimming Soft Gel , Meizi Evolution, Cell Phone Jammers,Cell Phone Blockers, As a result Botanical Slimming works by restraining the activity of lipase in the stomach and intestinal canal.