Oleh Tuan Haji Wan Mohd. Saophy Amizul b. Wan Mansor

sofiguna

Tuan Haji Wan Mohd. Saophy Amizul b. Wan Mansor

Huruf ‘ain’ (ع) merupakan huruf ke-19 dalam turutan abjad Jawi. Huruf ‘ain’ (ع) merupakan satu huruf yang agak sukar untuk membunyikannya bagi sesetengah penutur. Apabila sesuatu kata mengandungi huruf ini, secara langsung dalam fikiran kita mengatakan bahawa kata ini berasal daripada bahasa Arab.

Memang benar bahawa setiap kata yang mengandungi huruf ‘ain’ (ع) merupakan kata serapan Arab. Huruf ini diberi padanan yang berbeza di dalam tulisan Rumi. Ini bergantung kepada kedudukan huruf tersebut. Perlambangan huruf ini juga dihilangkan pada kedudukan tertentu dalam ejaan Rumi kini. Ini menyebabkan pembaca Rumi tidak lagi dapat membunyikan huruf ‘ain’ (ع) dengan betul pada perkataan yang sepatutnya dibunyikan.

Contoh kata yang menggunakan huruf ‘ain’ (ع) yang berkedudukan di hadapan adalah seperti yang berikut:

RUMI JAWI
       abdi عبدي
       adil عاديل
       afrit عفريت
       ibadah عبادة
       ibarat عبارت
       uzur عذور
       uzlah عزلة
       usyur عشور
       unsuri عنصوري
       unsur عنصور
       umur عمور
       umum عموم
       umrah عمرة
       ululazmi اولو العزم
       ulama علماء
       uqab عقاب
       ujub عجب

 

Dalam contoh di atas bunyi ‘ain’ (ع) hanyalah dilambangkan dengan huruf-huruf vokal biasa dan tidak dengan sesuatu simbol yang khusus seperti tanda koma di atas [‘] atau lain-lain yang membolehkan huruf tersebut dibunyikan dengan betul.

Dalam ejaan Rumi lama bunyi huruf ‘ain’ (ع) di awal kata dilambangkan dengan tanda koma di atas [‘]. Secara tidak langsung pembaca masih dapat mengenal pasti bunyi ain walaupun membacanya dalam Rumi. Contoh daripada Daftar Kata Za’ba:

RUMI JAWI
       ‘alam عالم
       ‘adat عادل
       ‘adil عفريت
       ‘ibadat عبادة
       ‘ibarat عبارت
       ‘ulama علماء

 

Contoh kata yang menggunakan huruf ‘ain’ (ع) yang berkedudukan di tengah kata dan tidak dilambangkan dengan apa-apa simbol yang khusus adalah seperti yang berikut

RUMI JAWI
       baid بعيد
       daif ضعيف
       fiil فعل

Contoh kata yang menggunakan huruf ‘ain’ (ع) yang berkedudukan di tengah kata dan dilambangkan dengan huruf ‘a’ adalah seperti yang berikut:

RUMI JAWI
       maahad معهد
       maakul معقول
       maakulat معقولات
       maalaf معلف
       taajal تعجل
       taasub تعصوب

Contoh kata yang menggunakan huruf ‘ain’ (ع) yang berkedudukan di tengah kata dan dilambangkan dengan huruf ‘k’ adalah seperti yang berikut:

RUMI JAWI
       dakwah دعوه
       dakyah دعيه
       takyin تعيين
       takziah تعزيه
       takzim تعظيم
       takzir تعزير

 

Contoh kata yang menggunakan huruf ‘ain’ (ع) yang berkedudukan di akhir kata dan dilambangkan dengan huruf ‘k’ adalah seperti yang berikut

RUMI JAWI
       syarak شرع
       tamak طمع
       rukuk ركوع

Senarai-senarai di atas menunjukkan bahawa semua kata yang terdapat dalam bahasa Melayu yang menggunakan huruf ‘ain’ (ع) merupakan kata serapan Arab. Tidak ada satu pun kata yang merupakan bahasa Melayu asli.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046533
    Visit Today : 149
    This Month : 29132
    Total Visit : 1046533
    Hits Today : 265
    Total Hits : 4295067
    Who's Online : 10
  • Kategori