Oleh  NORAINI  ABD. SHUKOR

NILAI murni merupakan salah satu unsur yang mewujudkan keseimbangan dalam sesebuah masyarakat. Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilaksanakan pada peringkat persekolahan lagi.  Hal ini kerana peringkat persekolahan merupakan salah satu peringkat dalam kitaran sosialisasi setiap individu.

Buku Nilai Murni dalam Pengajaran Bahasa Melayu hasil tulisan Dr. Robiah K. Hamzah ini melihat cara atau kaedah penerapan unsur nilai murni melalui mata pelajaran Bahasa Melayu.  Falsafah Pendidikan Negara melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berhasrat agar penerapan nilai murni ini berjaya melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi rohani dan jasmaninya.

Bagi seorang pendidik yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, buku ini wajar dimiliki kerana terdapat garis panduan tentang kaedah penerapan nilai murni melalui mata pelajaran Bahasa Melayu terkandung di dalamnya.  Penulis melahirkan buku ini berdasarkan kajian beliau di beberapa buah sekolah.  Beliau mendapati para guru berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni yang telah ditetapkan dalam KBSM melalui pelbagai kaedah pengajaran.

Menurut penulis, antara teknik yang digunakan oleh guru dalam usaha menerapkan nilai dalam kalangan pelajar termasuklah main peranan, permainan bahasa, khutbah dan syarahan, simulasi, dan model.  Kajian penulis turut disokong oleh teori-teori Barat.  Hal ini dibincangkan dalam bab pertama, iaitu “Sejarah Ringkas Perkembangan Penerapan Nilai Murni dalam KBSM”.  Perbincangan tentang kajian penulis memang menarik kerana beliau melihat kaedah yang dilaksanakan oleh guru  dan kesannya terhadap para pelajar.  Pembaca boleh memperoleh pengetahuan lanjut tentang penerapan nilai dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah dalam bab yang kedua, iaitu “Penerapan Nilai dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah”.

Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah bukan hanya tertumpu pada aspek tatabahasa dan penulisan semata-mata, tetapi juga boleh menerapkan unsur-unsur nilai murni bagi membina sahsiah para pelajar terutamanya pada zaman sekarang yang masyarakatnya semakin ketandusan nilai-nilai murni.

  1. aimaniman says:

    Selain daripada program lawatan DBP, apakah pengisian lain untuk meningkatkan pemahaman murid tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu seperti bengkel, forum, dan lain-lain dan bagaimana caranya jika kami ingin mengadakan lawatan ke DBP.

    • Klik Web DBP says:

      Saudara boleh melayari laman web DBP untuk mengetahui perkembangan aktiviti DBP atau melalui Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat jika ingin mengadakan lawatan ke DBP.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046060
    Visit Today : 956
    This Month : 28659
    Total Visit : 1046060
    Hits Today : 3127
    Total Hits : 4293692
    Who's Online : 7
  • Kategori