bangunanIKEA merupakan syarikat dari negara Sweden yang mereka bentuk dan menjual perabot sedia pasang, perkakasan dan kelengkapan rumah. Syarikat yang sangat terkenal ini memiliki 332 buah gedung di 38 buah negara di seluruh dunia.

Di Malaysia, IKEA terletak di penempatan yang paling terkenal di pinggir Kuala Lumpur, iaitu Bandar Utama, Petaling Jaya. Gedung ini sentiasa sesak dengan pembeli dan pengunjung seolah-olah terdapat jualan murah sepanjang tahun.

Bagi sesiapa yang pernah mengunjungi gedung ini mungkin tidak menyedari sesuatu pada persekitarannya yang menarik perhatian penulis kerana mereka sibuk melihat deretan barangan yang cantik dan unik atau membelek-belek harganya. Percayakah anda jika penulis katakan bahawa gedung IKEA memartabatkan bahasa Melayu?

Tentu anda tidak akan percaya jika makalah ini tidak menyertakan foto sebagai bukti. Perhatikan betul-betul foto-foto berkenaan. Teks bahasa Melayunya sangat menonjol berbanding dengan teks bahasa Inggeris. Hal ini berbeza dengan sesetengah gedung yang mengecilkan teks bahasa Melayu atau meniadakannya langsung.

semua

Penulis cuba ‘menyemak’ ejaan atau tata bahasa pada ungkapan-ungkapan berkenaan, dan ternyata markah yang layak diberi adalah 95/100.

Kita tentu tertanya-tanya apakah yang mendorong gedung berkenaan memartabatkan bahasa Melayu padahal gedung berkenaan berasal dari negara Eropah?

Gedung berkenaan sebenarnya menongkah arus kerana sekelilingnya dipenuhi pelbagai gedung yang mengagungkan bahasa Inggeris walaupun pemiliknya orang Malaysia. Contohnya kompleks beli-belah 1 Utama tidak disebut “satu utama” sebaliknya “one utama”.

Tindakan IKEA sewajarnya dipuji kerana menghormati bahasa kebangsaan lebih daripada yang dilakukan oleh bangsa Malaysia sendiri. Pelanggan tidak menjauhi IKEA hanya kerana gedung berkenaan menggunakan bahasa Melayu, sebaliknya terus bersesak-sesak sepanjang masa. Gedung-gedung yang lain, bagaimana?

Papan tanda yang asalnya menonjol dalam bahasa Inggeris ditukar menjadi sebaliknya.

Papan tanda yang asalnya menonjol dalam bahasa Inggeris ditukar menjadi sebaliknya.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046324
    Visit Today : 1220
    This Month : 28923
    Total Visit : 1046324
    Hits Today : 4018
    Total Hits : 4294583
    Who's Online : 10
  • Kategori