Oleh KHAIROL ANUAR HARITH FADZILLAH

PROGRAM Kembara Siswa Patriotik telah berlangsung pada 7 September 2019 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Program Kembara Siswa Patriotik ini adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Bahagian Hal-Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM.

Majlis Perasmian Kembara Siswa Patriotik Tahun 2019 berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra, USM Pulau Pinang.

Penganjuran program Kembara Siswa Patriotik ini diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan USM pada, iaitu pada 10 Jun 1969. Selain itu, penganjuran program Kembara Siswa Patriotik ini turut diadakan untuk meraikan kemasukan para pelajar baharu USM dan semua Universiti Awam (UA) di Wilayah Utara.

Kembara Siswa Patriotik memartabatkan semangat patriotisme dalam kalangan para pelajar universiti yang terdiri daripada pelbagai suku kaum.

Penganjuran Program Kembara Siswa Patriotik pada tahun 2019 ini juga merupakan tahun keenam penganjurannya yang bermula dari tahun 2014. Program Kembara Siswa Patriotik telah berjaya menghimpunkan seramai 3000 orang para pelajar baharu USM dan semua pelajar baharu dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Mertajam, UiTM Sungai Petani, UiTM Arau dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bertempat di Stadium USM. Semua pelajar baharu yang menyertai Program Kembara Siswa Patriotik telah memakai pakaian tradisional kaum Melayu, Cina, India, Sikh, Siam, Iban, Bidayuh, Kadazan dan Dusun.

Para pelajar memakai pakaian tradisi suku kaum dalam Program Kembara Siswa Patriotik.

Program ini telah dimulai dengan aktiviti berjalan kaki dari Stadium USM sambil mengibarkan jalur gemilang dan bendera Pulau Pinang menuju ke Taman Pekaka, Sungai Dua dan seterusnya memasuki pintu gerbang USM di Sungai Dua berhampiran Masjid Al-Malik Khalid menuju ke Dewan Tuanku Syed Putra untuk mengikuti Majlis Perasmian Kembara Siswa Patriotik USM. Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Dr. Mohd. Cairul Iqbal Mohd Amin bersama-sama dengan Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail bersama para tetamu kehormat mengikuti Program Kembara Siswa Patriotik.

Pelbagai aktiviti dan persembahan kebudayaan yang bertemakan patriotisme telah diadakan seperti persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik, persembahan deklamasi puisi dan persembahan kebudayaan pelbagai suku kaum di Malaysia oleh Kumpulan Kebudayaan Adikarma USM bersama-sama dengan para pelajar USM bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-62 Tahun dan Hari Malaysia Ke-56 Tahun. Selain itu, Majlis Pelancaran Perasmian Kembara Siswa Patriotik USM turut diserikan dengan Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan Duta Kembara Siswa Patriotik yang bertujuan untuk melahirkan Duta Kembara Siswa Patriotik untuk memartabatkan semangat patriotisme dan memupuk perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat. Penyerahan Sijil Pelantikan Duta Kembara Siswa Patriotik 2019 telah diberikan kepada Ram Kumar Thirumugam, Pelajar Tahun 4 dari Pusat Kejuruteraan Mikroelektronik dan Mohammad Zaim Bin Mohd Yusoff, Pelajar Tahun 4 dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, UNIMAP.

Penyerahan Sijil Pelantikan Duta Kembara Siswa Patriotik 2019 diberikan kepada Ram Kumar Thirumugam, Pelajar Tahun 4, Pusat Kejuruteraan Mikroelektronik UNIMAP.

Upacara pelantikan Duta Kembara Siswa Patriotik buat julung kalinya diadakan bersempena dengan Sambutan Tahun Keenam Program Kembara Siswa Patriotik. Dalam ucapan Majlis Perasmian Kembara Siswa Patriotik oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail turut menerangkan bahawa penganjuran Kembara Siswa Patriotik bertujuan untuk mengenang kembali perjuangan para pejuang kemerdekaan dan perjuangan wira-wira negara yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara sepanjang era penjajahan di Tanah Melayu selama 446 tahun. Selain itu, penganjuran Kembara Siswa Patriotik bertujuan untuk memartabatkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja akademik, warga kerja dan para pelajar universiti di seluruh Malaysia, selain memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang perlu digunakan dalam setiap urusan rasmi di semua universiti di seluruh Malaysia.

Penyerahan Sijil Pelantikan Duta Kembara Siswa Patriotik 2019 diberikan kepada Mohammad Zaim Bin Mohd Yusoff, Pelajar Tahun 4 Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, UNIMAP.

Penganjuran program Kembara Siswa Patriotik melambangkan citra kepelbagaian budaya masyarakat majmuk di Malaysia sebagai bangsa Malaysia yang merdeka, berdaulat dan sejahtera yang hidup dalam keadaan aman damai, berdaulat dan harmoni.

Kembara Siswa Patriotik memartabatkan semangat patriotisme para pelajar universiti sebagai bangsa Malaysia yang hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera.

 Tetamu kehormat yang hadir ke Program Kembara Patriotik dan Majlis Perasmian Kembara Patriotik ialah Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Dr. Zaid Omar, Pengurus Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Utara mewakili Pegawai Eksekutif Korporat Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB), En Zulkifli Lazim, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM (BHEPAUSM), Profesor Dr. Aldrin Abdullah, Ketua-ketua jabatan USM, para penggawa Desasiswa USM dan para pegawai USM.

Para peserta Kembara Siswa Patriotik berjalan bersama tetamu kehormat memasuki Pintu Gerbang USM Sungai Dua.

 

Sila Beri Pandangan


  • Arkib

  • Statistik

    000000
    Melawat hari ini:
    Jumlah Pelawat:
    Hits hari ini:
    Jumlah Hits :
    Siapa atas talian:
  • Kategori

Botanical Slimming Cell Phone Jammer For Sale, Botanical Slimming Soft Gel , Meizi Evolution, Cell Phone Jammers,Cell Phone Blockers, As a result Botanical Slimming works by restraining the activity of lipase in the stomach and intestinal canal.