Judul              : Sesekali

Penulis           : Lily Haslina Nasir

Harga             : RM20.00

Tahun             : 2019

Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka

Sesekali ialah sebuah novel yang mengisahkan dua orang watak lelaki, berbeza latar dan berlainan prinsip, bertemu dalam satu takdir yang amat menghibakan. Pada pundak masing-masing, tergalas tanggungjawab yang amat besar. Amrin memikul tugas ibu dan bapa pada anak kecilnya, Kemboja. Kematian isterinya, Melati menjadikan Amrin seorang bapa tunggal dan semangat hidupnya hanya bersisa kerana Kemboja.

Adeng pula, biar belum berkeluarga, menerima kehadiran si kecil, Wahyudi, sejak masih bayi. Wahyudi bukan sahaja ditinggalkan ayah dan ibu kandungnya, malah mempunyai masalah penyakit mata yang kronik. Dugaan dan cabaran membesarkan Wahyudi bukan sedikit. Apatah lagi, kehidupan Adeng sendiri berkelana dan penuh dengan sisi hitam. Hidupnya bagai pelarian apabila asyik diburu polis.

Namun, satu kejadian yang penuh tragis berlaku menyebabkan Amrin dan Adeng terperangkap dalam satu takdir hidup. Sesekali menyingkap dan menyaring makna kasih seorang bapa.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046484
    Visit Today : 100
    This Month : 29082
    Total Visit : 1046484
    Hits Today : 167
    Total Hits : 4294969
    Who's Online : 9
  • Kategori