Oleh NORAZLINDA MISRAN

BUKU Bahasa Melayu Di Daratan Asia Tenggara – Pendekatan Sejarah dan Geolinguistik karya Profesor Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP, pada 5 April 2019 di Pentas Utama Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019.

Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP, menyampaikan ucapan perasmian dalam majlis tersebut.

Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP, menyampaikan ucapan perasmian dalam majlis tersebut.

Dalam ucapan perasmian, Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta menjelaskan bahawa penerbitan buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan oleh pengkaji bahasa terutamanya dalam memartabatkan bahasa Melayu. Kepakaran dan ilmu penulis dalam buku ini sudah pasti memberikan sumbangan yang sangat besar dalam dunia linguistik bahasa Melayu.

Buku ini merupakan lakaran situasi penggunaan bahasa Melayu di Thailand, Cambodia dan Vietnam. Ia dihasilkan berdasarkan sebuah program televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), iaitu Semarak Bahasa 2 dan Semarak Bahasa 3. Program ini telah disiarkan di saluran tv1 RTM pada tahun 2014 dan diulang tayang pada tahun 2015 dan 2016.

Keistimewaan buku ini ialah kandungannya yang memfokuskan sejarah masa silam, budaya, politik dan perkembangan sosial terkini yang merangkumi pelbagai aspek kebahasaan di ketiga-tiga negara tersebut. Selain itu, setiap bab dalam buku ini mempunyai fokus tersendiri agar pembaca dapat memahami segala input yang disampaikan.

Pelancaran buku Bahasa Melayu Di Daratan Asia Tenggara – Pendekatan Sejarah dan Geolinguistik karya Profesor Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP.

Pelancaran buku Bahasa Melayu Di Daratan Asia Tenggara – Pendekatan Sejarah dan Geolinguistik karya Profesor Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola, DBP (dua dari kiri).

“Yang menariknya, buku ini memperlihatkan latar belakang sejarah, budaya serta bahasa dalam komuniti kecil yang menggunakan bahasa Melayu mahu pun bahasa sekeluarga dengan bahasa Melayu. Ketiga-tiga negara ini mempunyai sistem tulisan yang berasal dari India dan diperkenalkan melalui pembacaan serta pemahaman kitab-kitab suci agama masing-masing. Sistem tulisan tersebut mempunyai perkaitan dengan bahasa Melayu,” kata Asmah Haji Omar.

Gimik pelancaran turut disaksikan oleh penulis buku, Profesor Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar (duduk).

Gimik pelancaran turut disaksikan oleh penulis buku, Profesor Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar (duduk).

Menurut Asmah lagi, penghasilan buku ini menggunakan pendekatan dan teori geolinguistik bagi mendapatkan data yang utuh dalam kajian ini. Pendekatan dan teori geolinguistik melibatkan penelitian berbagai-bagai landskap, seperti sejarah masa silam, budaya serta politik dan perkembangan sosial yang telah berlaku di kawasan kajian. Misalnya, memaparkan sejarah sosiobudaya dan politik tiap-tiap negara tersebut dengan memberikan tumpuan kepada faktor geolinguistik bahasa Melayu di kawasan yang terlibat.

Selain Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom, yang turut hadir pada majlis itu ialah Datuk Haji Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Ketua Pengarah DBP, Dato’ Hajah Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP dan penulis buku, Profesor Emeritus Dato’ Dr Asmah Haji Omar.

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045387
    Visit Today : 283
    This Month : 27986
    Total Visit : 1045387
    Hits Today : 901
    Total Hits : 4291466
    Who's Online : 15
  • Kategori