Oleh ROHANA ABDUL RAHMAN

 

Antara tetamu dan pengunjung Hari UNESCO Malaysia 2018.

HARI UNESCO Malaysia (HUM) 2018 telah disambut pada 29-30 September 2018 yang lalu. Pada tahun ini UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) memilih negeri Perak sebagai negeri yang mempunyai tapak warisan dunia UNESCO di Lenggong sebagai tuan rumah sambutan pada peringkat kebangsaan. HUM 2018 dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Majlis ini juga dihadiri oleh wakil pejabat UNESCO di Jakarta, Indonesia iaitu Profesor Shabhaz Khan yang menyampaikan Anugerah UNESCO kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersempena dengan pengiktirafan manuskrip Melayu iaitu Kitab Ilmu Bedil dan Hikayat Panji.

Dr. Maszlee (kiri) menerima Anugerah UNESCO daripada Prof. Shabhaz.

DBP telah diberi kepercayaan oleh Bahagian Hubungan Antarabangsa, Sektor Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjayakan sambutan HUM 2018 di Bulatan Sultan Azlan Shah (Bulatan Aman Jaya), Ipoh, Perak. Bersempena dengan sambutan HUM 2018 ini, DBP terlibat dalam pameran yang mengangkat aspirasi dan matlamat UNESCO, iaitu pameran yang berkaitan dengan Kitab Ilmu Bedil dan Hikayat Panji menerusi koleksi Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Petugas Bahagian Peristilahan dan Leksikologi DBP pula terlibat dengan aktiviti permainan Dam Bahasa, Roda Kata, Program Lestari Bahasa (Bahasa Banjar dan Dialek Perak) serta penjualan buku oleh Ujana Buku DBP. Tema HUM 2018 kali ini ialah “Youth For Change”.

Datuk Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP (lima dari kiri) mengunjungi reruai DBP.

Antara objektif penganjuran pameran ini adalah untuk melahirkan kesedaran dan rasa bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan melestarikan bahasa sukuan dan bahasa daerah; mempelajari dan berkomunikasi bahasa daerah/bahasa dialek yang ada dalam masyarakat setempat; mendokumentasikan hasil penyelidikan bahasa melalui kemudahan dalam talian, iaitu Gerbang Kata DBP dan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM); di samping mendedahkan pengunjung akan peranan UNESCO dalam memulihara budaya dan warisan masyarakat setempat khususnya di Malaysia.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046073
    Visit Today : 969
    This Month : 28672
    Total Visit : 1046073
    Hits Today : 3159
    Total Hits : 4293724
    Who's Online : 16
  • Kategori