Oleh NURUL JULIA ALANI HENRY

PADA 13 Julai 2018, berlangsung majlis Malam Wartawan Malaysia 2018 bersempena dengan penganugerahan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2017 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Majlis anjuran Malaysian Press Institute (MPI) ini diadakan untuk meraikan para karyawan media yang dinobatkan sebagai penyandang utama bagi 20 kategori yang dipertandingkan dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2017.

Abd. Kadir Mohd. Ayub bergambar kenangan bersama-sama Pengarah Penerbitan, Haji Abd Khalik Sulaiman (kanan) dan Ketua Editor Bahagian Majalah, Fauzilahyatun Mustafa (kiri).

Abd. Kadir Mohd. Ayub bergambar kenangan bersama-sama Pengarah Penerbitan, Haji Abd Khalik Sulaiman (kiri) dan Ketua Editor Bahagian Majalah, Fauzilahyatun Mustafa (kanan).

Sebelum pengumuman nama pemenang dibuat dalam majlis ini, pihak urus setia telah menyenaraikan lima karya terbaik kewartawanan untuk memenangi Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2017, yang telah disahkan oleh Ketua Panel Hakim, Datuk Yong Soo Heong. Pemenang bagi setiap kategori menerima wang RM10 000, sijil dan trofi manakala penerima hadiah sagu hati menerima wang RM1000 dan sijil.

Tiga penulisan Abd. Kadir Mohd. Ayub yang disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat, tersenarai dalam lima karya terbaik Kategori Penulisan Rencana Cemerlang.

Tiga penulisan Abd. Kadir Mohd. Ayub yang disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat, tersenarai dalam lima karya terbaik Kategori Penulisan Rencana Cemerlang.

Kategori Penulisan Rencana Cemerlang menerima penyertaan tertinggi, iaitu sebanyak 46 penyertaan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempertaruhkan hasil penulisan editor Dewan Masyarakat, Abd. Kadir Mohd. Ayub untuk Kategori Penulisan Rencana Cemerlang melalui tiga karyanya yang bertajuk “Sengsara Bersuamikan Lelaki Asing”, “Amarah bertukar Tragedi” dan “Orang Muda Tolak Politik?”. Abd. Kadir Mohd. Ayub dinobatkan sebagai pemenang bersama bagi Kategori Penulisan Rencana Cemerlang bersama-sama dengan wartawan Utusan Malaysia, Laupa Junus. Sebagai pemenang bersama, masing-masing menerima hadiah wang bernilai RM5000 berserta sijil dan trofi.

Wartawan akhbar Borneo Post, iaitu Francis Chan dan akhbar The Edge, iaitu Azam Aris dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Juri, yang masing-masing menerima wang RM5000, trofi dan sijil. Hadiah utama, iaitu Hadiah Kajai dimenangi oleh kumpulan wartawan akhbar The Star, iaitu Ian Yee, Elroi Yee, Samantha Chow, Shanjeey Reddy, Lim May Lee, hansel Khoo dan Satpal Kaler dengan tajuk rencananya, “The Student Trafficking Trade”. Kemenangan itu melayakkan mereka menerima wang RM30 000, trofi dan sijil.

Abd. Kadir Mohd. Ayub menerima ucapan tahniah daripada Datuk Saifuddin Abdullah.

Abd. Kadir Mohd. Ayub menerima ucapan tahniah daripada Datuk Saifuddin Abdullah.

Majlis berupa jamuan makan malam yang diadakan di Hotel Shangri La ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah dan isteri, Datin Norlin Shamsul Bahri, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksana Malam Wartawan Malaysia 2018, Datuk Chamil Wariya dan Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin. Turut hadir ialah Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Zainuddin Maidin, Datuk A. Kadir Jasin dan Datuk Ahmad Rejal Arbee yang diberikan penghormatan istimewa untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2017. Dewan Bahasa dan Pustaka pula diwakili oleh Pengarah Penerbitan, Haji Abd Khalik Sulaiman, Ketua Editor Bahagian Majalah, Fauzilahyatun Mustafa, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Rusdi Abd Rahman, editor dari Bahagian Majalah dan pegawai dari Bahagian Komunikasi Korporat, DBP.

 

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045318
    Visit Today : 214
    This Month : 27917
    Total Visit : 1045318
    Hits Today : 740
    Total Hits : 4291305
    Who's Online : 26
  • Kategori