Oleh ISSNAINI SAIFUDDIN

 

Dr. Maszlee Malik

Dr. Maszlee Malik.

PADA 3 Julai 2018, bersempena dengan lawatan kerja Menteri Pendidikan Malaysia, telah berlangsung Majlis Pelancaran Buku Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram di Balai Budaya Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Buku yang dilancarkan ini merupakan tulisan  Prof. Madya Dr. Mohd Muhiden Abd Rahman, hasil huraian kitab hadith ahkam yang terkenal, iaitu Bulugh al-Maram min Adillah al-Ahkam, karya al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani. Buku terbitan DBP itu dikeluarkan secara bersiri dengan empat judul. Setiap satunya merangkumi satu bab daripada kitab hadith ahkam, iaitu Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram: Taharah, Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram: Pengurusan Jenazah, Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram: Solat dan Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram: Solat Sunat.

Datuk Haji Abdul Adzis Abas

Haji Abdul Adzis Abas.

Yang turut diadakan ialah sesi bicara buku Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram yang menampilkan Amin Idris daripada Astro Oasis sebagai moderator bersama-sama dua orang ahli panel, iaitu Sahibus Samahah Profesor Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis dan Dato’ Dr. Hj. Abd. Basit Hj. Abd Rahman, pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Sesi bicara buku, dari kiri Dr. Hj. Abd. Basit,  Amin Idris dan Dr. Mohd Asri.

Sesi bicara buku, dari kiri Dr. Hj. Abd. Basit, Amin Idris dan Dr. Mohd Asri.

Dalam ucapan alu-aluannya, Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP mengucapkan tahniah kepada penulis atas usahanya mentafsir buku kitab hadith ahkam ini ke dalam bahasa Melayu untuk dijadikan panduan kepada umat Islam yang tidak menguasai bahasa Arab, bahkan menambah lagi khazanah kepustakaan ilmu Islam dalam bahasa Melayu. Beliau juga berharap, penghasilan karya sebegini dirancakkan lagi bagi meluaskan manfaat ilmu bukan hanya kepada kelompok pengkaji dan pelajar universiti malah dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Antara khalayak yang menghadiri majlis.

Antara khalayak yang menghadiri majlis.

Dr. Maszlee, dalam ucapan pelancarannya mengucapkan tahniah kepada DBP kerana telah membina satu tahap yang baharu apabila menggabungkan hadith dan fiqah dalam satu buku. Beliau turut memuji Program Wakaf Buku anjuran DBP bersama-sama Perbadanan Wakaf Selangor dan Bank Islam Malaysia Berhad.

“Saya menyeru kepada semua autoriti agama dan pihak-pihak berkuasa agama agar membuat anjakan paradigma dalam menolong golongan asnaf daripada golongan miskin dan fakir,” katanya lagi. Selain itu, beliau memuji program bicara buku yang dapat melahirkan percambahan pemikiran yang menggalakkan interaksi dalam kalangan ahli masyarakat.

Pelancaran buku bersama-sama penulis (no. dua dari kiri).

Pelancaran buku bersama-sama penulis (no. dua dari kiri).

Dalam majlis berkenaan turut diselitkan alunan bacaan ayat suci al-Quran oleh Mohd. Fadzli Tajwid, Perancang Bahasa daripada DBP. Majlis dimeriahkan oleh lebih 500 orang tetamu yang terdiri daripada pegawai kerajaan, penulis dan staf DBP.

Catatan: Video Majlis Pelancaran Buku Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram boleh ditonton dalam Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1052908
    Visit Today : 1161
    This Month : 1161
    Total Visit : 1052908
    Hits Today : 5040
    Total Hits : 4322986
    Who's Online : 5
  • Kategori