orang jakun

Judul              : Orang Jakun

Penulis          : Juma’at Misman

Harga             : RM65.00

Tahun             : 2018

Penerbit         : Dewan Bahasa dan Pustaka

BUKU Orang Jakun ini menggambarkan kehidupan orang Jakun di negeri Johor yang tinggal di sepajang Sungai Endau. Mereka merupakan salah satu etnik daripada kumpulan kaum Melayu Asli (Melayu-Proto). Buku ini menggarap corak kehidupan orang Jakun sejak zaman darurat sehingga kini, cara orang Jakun mengatur kehidupan mereka dalam keluarga dan masyarakat berteraskan budaya turun-temurun mereka, juga tidak ketinggalan mengenai taraf pendidikan, kemajuan ekonomi, tradisi dan harapan masa hadapan mereka. Atas usaha dan peranan JAKOA, tidak dinafikan bahawa kehidupan masyarakat orang Jakun telah mengalami perubahan ke arah kemajuan selaras dengan hasrat kerajaan dalam membangunkan masyarakat orang Asli di Malaysia.

Pengalaman penulis yang pernah berkhidmat di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan pengalaman yang amat berharga sehingga terhasilnya buku ini. Hubungan rapat dengan etnik ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat umum terutamanya kepada generasi muda etnik orang Jakun supaya mereka menghargai adat budaya dan mengekalkan jati diri mereka.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045095
    Visit Today : 1516
    This Month : 27694
    Total Visit : 1045095
    Hits Today : 5562
    Total Hits : 4290535
    Who's Online : 10
  • Kategori