Oleh AHMAD SYUKRI NAIM MOHD TAHIR

“KUEY TIAW”, “kuey tiow”, “kuew tiaw”, “kueytiaw”, “kueh tiaw”, “kway teow”. Ejaan seperti inilah yang ditulis oleh pelajar tingkatan empat di papan putih ketika penulis meminta mereka menulis nama makanan tersebut. Penulis pasti, ejaan-ejaan begini juga yang dipamerkan di kedai makan di persekitaran mereka dan terakam dalam minda seterusnya diterjemahkan melalui tulisan.

1Malah, dalam kempen sebuah parti politik dalam musim pilihan raya baru-baru ini juga menggunakan ejaan yang tidak tepat iaitu “char koay teow”. Sepanjang pemerhatian penulis di kedai makan, nama makanan ini yang selalu menjadi “mangsa” dieja salah, sedangkan ejaan yang betul berpandukan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kuetiau.

Penggunaan bahasa Inggeris untuk makanan Barat, sedangkan wujud dalam bahasa Melayu.  Istilah sasar bagi “Chicken Chop” ialah “Cop Ayam”. “Black Pepper Chicken Chop” boleh ditukar kepada “Cop Ayam Lada Hitam”. “Mushroom Chicken Chop” boleh ditukar kepada “Cop Ayam Cendawan”.  “Chicken Steak BBQ” boleh ditukar kepada  “Stik Ayam Barbeku”.  “Steak BBQ” boleh ditukar kepada “Stik Barbeku”.  “Fish & Chip” boleh ditukar kepada” Ikan dan Kentang Goreng”.  “Mushroom Soup” boleh ditukar kepada “Sup Cendawan”.  “Chicken Mushroom Soup” boleh ditukar kepada “Sup Cendawan Ayam”.  “French Fries” boleh ditukar kepada “Kentang Jejari”.  “Nugget 6 Pieces” boleh ditukar kepada Nuget (6 ketul).

Penggunaan bahasa Inggeris untuk makanan Barat, sedangkan wujud dalam bahasa Melayu. Istilah sasaran bagi “Chicken Chop” ialah “Cop Ayam”. “Black Pepper Chicken Chop” boleh ditukar kepada “Cop Ayam Lada Hitam”. “Mushroom Chicken Chop” boleh ditukar kepada “Cop Ayam Cendawan”. “Chicken Steak BBQ” boleh ditukar kepada “Stik Ayam Barbeku”. “Steak BBQ” boleh ditukar kepada “Stik Barbeku”. “Fish & Chip” boleh ditukar kepada” Ikan dan Kentang Goreng”. “Mushroom Soup” boleh ditukar kepada “Sup Cendawan”. “Chicken Mushroom Soup” boleh ditukar kepada “Sup Cendawan Ayam”. “French Fries” boleh ditukar kepada “Kentang Jejari”. “Nugget 6 Pieces” boleh ditukar kepada Nuget (6 ketul).

Sebenarnya, bukanlah “kuetiau” yang selalu dieja salah dipamerkan di restoran atau kedai makan, banyak lagi nama makanan yang dieja salah. Mengapakah hal ini berlaku? Adakah pengusaha restoran atau kedai makan tidak merujuk Kamus Dewan sebelum mempamerkan nama-nama makanan tersebut di premis mereka?

Penulis bukanlah mengkritik semata-mata, tetapi ingin bersama-sama memperbetulkannya agar selepas ini masyarakat lebih peka dan cakna dengan penggunaan ejaan yang tepat untuk nama makanan. Bukan sekadar ejaan yang salah, tetapi ejaan bahasa Inggeris yang dianggap sama dengan ejaan dalam bahasa Melayu atau disangka tiada ejaan dalam bahasa Melayu juga dipaparkan di kedai makan. Hal ini ketara bagi makanan Barat.

Kesalahan ejaan ialah “Murtabak”.  Sepatutnya “Martabak”.

Kesalahan ejaan ialah “Murtabak”. Sepatutnya “Martabak”.

Terdapat kesalahan tatabahasa melibatkan hukum D-M iaitu “Original Nasi Kandar”.  Sepatutnya “Nasi Kandar Original”.  Selain itu, kesalahan ejaan “Briyani” dipaparkan tanpa disedari.  Sepatutnya, “Nasi Beriani”.

Terdapat kesalahan tatabahasa melibatkan hukum D-M iaitu “Original Nasi Kandar”. Sepatutnya “Nasi Kandar Original”. Selain itu, kesalahan ejaan “Briyani” dipaparkan tanpa disedari. Sepatutnya, “Nasi Beriani”.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu lebih waspada terhadap ejaan nama makanan agar kesilapan dapat dihindarkan sebelum dipaparkan kepada pelanggan. Penggunaan bahasa Inggeris terhadap nama makanan juga dapat dielakkan seandainya pengusaha restoran mengkaji dahulu perkataan tersebut dengan merujuk kepada pihak yang berwibawa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Istilah sasaran dalam bahasa Melayu bagi nama makanan Barat juga boleh diperoleh dengan mudah melalui akses ke laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang dikendalikan oleh DBP. Jika kita sendiri sebagai rakyat Malaysia tidak cakna terhadap bahasa kebangsaan, siapa lagi?

Yang berikut nama makanan yang sering penulis perhatikan dieja salah atau bercampur bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris hingga menjadi bahas rojak.

KESALAHAN EJAAN EJAAN YANG BETUL
ayam black pepper ayam lada hitam
ayam tandoori ayam tanduri
chapati capati
char kueyteow kuetiau goreng basah
mee kari mi kari
murtabak martabak
nasi briyani nasi beriani
nasi impit nasi himpit
papadam popadom/papadum
pesembor pasembur
sandwich sardin sandwic sardin
satay daging sate daging
spaghetti spageti
tom yam tomyam
tosai tose

 

 

 

 

 

Sila Beri Pandangan


  • Arkib

  • Statistik

    000000
    Melawat hari ini:
    Jumlah Pelawat:
    Hits hari ini:
    Jumlah Hits :
    Siapa atas talian:
  • Kategori

Botanical Slimming Cell Phone Jammer For Sale, Botanical Slimming Soft Gel , Meizi Evolution, Cell Phone Jammers,Cell Phone Blockers, As a result Botanical Slimming works by restraining the activity of lipase in the stomach and intestinal canal.