Oleh KHAIRUNNISA’ DALILA ROSLAN

PADA 22 Ogos 2017 yang lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, telah menganjurkan Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan DBP-KPM 2017, di Auditorium DBP, Kuala Lumpur.

Program ini diadakan sebagai salah satu usaha bagi menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadikan bahasa Melayu sebagai wadah pengungkapan buah fikiran dan ilmu pengetahuan yang berkesan.

Dato’ P.Kamalanathan  bergambar bersama-sama johan pertandingan Deklamasi Puisi (Sajak) Peringkat Kebangsaan DBP-KPM 2017.

Dato’ P. Kamalanathan bergambar bersama-sama johan pertandingan Deklamasi Puisi (Sajak) Peringkat Kebangsaan DBP-KPM 2017.

Sebanyak tiga pertandingan diadakan secara serentak, iaitu Forum Remaja, Deklamasi Puisi Sekolah Menengah dan Sahibba Sekolah Rendah dan Menengah.

Sarah Najwa Mohd. Shaharudin dari SK Seri Manjung, Perak, dinobatkan sebagai johan pertandingan Sahibba Sekolah Rendah, naib johan, Delima Humaira Ahmad Tarmizi (SK Seksyen 9 Kota Damansara, Selangor), manakala tempat ketiga dan keempat disandang oleh Muhammad Naufal Hariez Abu Hassan (SK Kerubong, Melaka) dan Mohd. Shahrizal Voo Jen Koh (SJKC Yuk Choi, Sabah).

Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah pula dimenangi oleh Nursyazwani Sofian (SM Sains Perempuan Seremban I, Negeri Sembilan), naib johan, Mohammad Akmal Faramzsyam Syah Abdullah (SMK Terusan, Sabah), diikuti tempat ketiga dan keempat yang diduduki oleh Dhania Hani Mohd. Fadzil (SMK Bandar Tenggara 2, Johor) dan Muhammad Fikri Sharunazim (SM Sains Muzaffar Syah, Melaka).

Gelaran johan bagi pertandingan Deklamasi Puisi (Sajak) dirangkul oleh Muhammad Airil Fitri Jalalluddin dari SMK Dato’ Sagor, Perak, naib johan, Nur AtirahSofiya Mohd. Nordin (SMK Tinggi Segamat, Johor), dan tempat ketiga, Ahmad Amer Hakimi Saharuddin dari Maktab Sultan Ismail, Kelantan.

Johan pertandingan Deklamasi Puisi (Syair)  Peringkat Kebangsaan DBP-KPM 2017.

Johan pertandingan Deklamasi Puisi (Syair) Peringkat Kebangsaan DBP-KPM 2017.

Bagi pertandingan Deklamasi Puisi (Syair), Muhammad Affan Mazlan dari SMK Agama Sheikh Haji Mohd. Said, Negeri Sembilan, dinobatkan sebagai johan, manakala Nur Adnin Roslan (SMK Sayong, Perak), dan Amira Badriyah Azaha (SMK Agama Maahad Muar, Johor) masing-masing menduduki tempat kedua dan tempat ketiga.

Pertandingan Forum Remaja pula dimenangi oleh SM Sains Bagan Datoh, Perak, naib johan, SMK Seri Nibong Tebal, Pulau Pinang, tempat ketiga SMK Agama Sultan Muhammad, Melaka, dan SMK Sadong Hilir, Sarawak, menduduki tempat keempat. Gelaran pengerusi forum terbaik disandang oleh Annisa Nasuha Ismail dari SM Sains Bagan Datoh, Perak.

Dato’ P.Kamalanathan ketika menyampaikan ucapan  perasmian penutupan .

Dato’ P. Kamalanathan ketika menyampaikan ucapan penutupan pertandingan.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato’ P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kegiatan seumpama ini mampu menggalakkan golongan pelajar untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran, serta keyakinan berkomunikasi dengan mantap dalam bahasa kebangsaan.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP, Encik Khairul Akmar Abdullah, Pegawai Koakademik Bahagian Kurikulum dan Kesenian, Jabatan Pendidikan Johor, Dato’ Mohamad Sabri Mohamad Arshad, Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat, Encik Kamal Shukri Abdullah Sani, Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Encik Mohd. Zaki Harry Susanto, Timbalan Pengarah, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Wilayah Persekutuan dan Encik Kareno Zainal Abidin, Pengurus Pemasaran Syarikat Permainan Malaysia. Majlis penutupan turut dimeriahkan dengan kehadiran pelajar sekolah, ibu bapa dan guru sekitar Kuala Lumpur.

Para pemenang bergambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat.

 

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045802
    Visit Today : 698
    This Month : 28401
    Total Visit : 1045802
    Hits Today : 2272
    Total Hits : 4292837
    Who's Online : 12
  • Kategori