OLEH ZAIDI ISMAIL

PADA 10 hingga 14 Julai 2017, bertempat di Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah diadakan program “Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Melayu Musim Cuti 2017 DBP-PSU”. Program musim cuti semester ini diadakan secara kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan Prince of Songkla University (PSU), Pattani, Selatan Thailand.

Mahasiswa PSU yang ikut serta dalam “Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Melayu Musim Cuti 2017 DBP-PSU”

Mahasiswa PSU yang ikut serta dalam “Program Peningkatan Penguasaan
Bahasa Melayu Musim Cuti 2017 DBP-PSU”

Dalam program selama lima hari itu, seramai 27 mahasiswa dari Jabatan Pengajian Bahasa Melayu PSU telah ikut serta dan mereka diiringi oleh Dr Djusmalinar Djamarin. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Akademi DBP, Abang Patdeli Awang Muhi. Sebaik selesai majlis perasmian, program dimulakan dengan pengenalan DBP dari sudut sejarah dan peranannya. Sesi pengenalan ini telah disampaikan oleh Zullkeply Mohamad, salah seorang Perancang Bahasa, Akademi DBP.

Keesokannya, program diteruskan oleh Mohd Jusoh Majid, yang juga Perancang Bahasa, Akademi DBP. Dalam sesi tersebut para mahasiswa telah didedahkan dengan jenis-jenis sastera Melayu moden dan sastera klasik, khususnya syair dan nazam. Setelah mempelajarinya, pada akhir kursus, mereka cuba mempersembahkan dendangan syair dan nazam mengikut cara penyampaian yang tersendiri.

Sesi perbincangan dan latihan penulisan.

Sesi perbincangan dan latihan penulisan.

Seterusnya, pada hari ketiga, penulis turut menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan asas bahasa Melayu dan penggunaannya yang betul dalam penulisan, khususnya dalam penulisan berita. Dalam sesi tersebut, selain mempelajari dan memahami cara-cara penulisan berita yang betul, mereka turut diberikan latihan penulisan berita dan membentangkannya untuk bersama-sama melihat kesilapan dan membetulkannya semula.

Pada hari keempat, sesi kursus ditangguhkan seketika untuk sesi lawatan dan diteruskan semula keesokan harinya dengan sesi penerbitan. Dalam sesi tersebut, para mahasiswa diberikan penerangan tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan penerbitan buku, antaranya termasuklah dari segi reka bentuk, kandungan dan isi sesebuah buku.

Sesi latihan penulisan.

Sesi latihan penulisan.

Seterusnya, kursus selama lima hari itu telah ditangguhkan dan majlis penangguhannya sekali lagi telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Akademi DBP, Abang Patdeli Awang Muhi. Secara keseluruhan, program ini berjaya menarik minat mahasiswa PSU terhadap bahasa dan sastera Melayu. Program yang telah diadakan sejak lebih daripada sepuluh tahun ini akan diteruskan lagi pada masa-masa hadapan bersama-sama dengan kumpulan mahasiswa yang baharu.

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046187
    Visit Today : 1083
    This Month : 28786
    Total Visit : 1046187
    Hits Today : 3546
    Total Hits : 4294111
    Who's Online : 11
  • Kategori