Oleh ZURAINI ABU BAKAR

 

PADA 18 hingga 23 Mac 2017, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melaksanakan Program Minggu Penulis Remaja (MPR) Ke-30 di Pusat Latihan Guru dalam Perkhidmatan, Seri Tualang, Temerloh, Pahang.

Dari sudut sejarahnya, DBP sebagai agensi penggalak kesusasteraan tanah air telah banyak mengadakan program penataran bakat untuk penulis baharu pelbagai peringkat umur. DBP memberikan tumpuan secara khusus untuk menggalakkan penulis muda dalam kalangan remaja berkarya secara terarah melalui program Minggu Penulis Remaja (MPR) yang pertama kali diadakan pada tahun 1985. Sejak itu, MPR menjadi aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh DBP bagi mencungkil bakat penulisan dalam kalangan remaja.

Antara peserta yang mengikuti Minggu Penulis Remaja.

Antara peserta yang mengikuti Minggu Penulis Remaja.

Seramai 22 orang peserta remaja yang pernah berkarya dalam majalah terbitan DBP dan penerbitan lain telah terpilih untuk menyertai program ini. Peserta diberi bimbingan dalam bentuk ceramah yang menjurus kepada teknik penulisan kreatif dan bukan kreatif.

Antara objektif MPR diadakan adalah:

1. Mengenal pasti penulis remaja yang berpotensi untuk dibimbing secara terancang dalam bidang penulisan kreatif.

2. Mengembangkan bakat penulisan kreatif dalam kalangan remaja untuk menghasilkan karya yang bermutu.

3. Menjadikan sastera sebagai wadah pembentukan nilai murni dalam kalangan remaja.

4. Mengetengahkan bakat remaja ke dunia sastera dan penulisan.

5. Membina banyak penulis pelapis dalam kalangan remaja.

6. Menambahkan bilangan karya kreatif bermutu untuk diterbitkan.

Pada kali ini MPR telah mengundang penceramah yang berkelayakan, iaitu Encik Mohd. Rosli Nik  Mat (fasilitator puisi) dan Tuan Syed Mohd Zakir Syed Othman, Penerima Anugerah Sea Write 2011 (fasilitator cerpen). Selain itu, turut diundang Dato’ Rahman Shaari (tokoh sastera) dan Encik Muhamed Ghozali Abdul Rashid (penulis).

Para peserta tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Shamsuddin Othman. iaitu antara penulis muda yang lahir daripada program ini.

Para peserta tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Shamsuddin Othman. iaitu salah seorang penulis muda yang lahir daripada program ini.

Minggu Penulis Remaja ini telah memberikan impak yang tinggi kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Banyak penulis MPR yang berjaya memenangi anugerah besar negara, malah ada yang telah menerima Anugerah SEA Write , lahir daripada program ini. Selain itu, MPR juga telah melahirkan banyak penulis generasi baharu yang kini amat dikenali seperti Shamsuddin Othman, Zaen Kasturi, Rahimidin Zahari, Ahmad Patria Abdullah, Uthaya Sankar, Faisal Tehrani, Nisah Haron, Amaruszati Nor Rahim, Lily Haslina Nasir, Salina Ibrahim, Siti Raihani Mohd Saaid dan Khairun Nasriah Abdul Salam.

Program kali ini telah disempurnakan majlis penangguhannya oleh Puan Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP.

Para peserta Minggu Penulis Remaja bergambar kenangan bersama-sama Puan Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Para peserta Minggu Penulis Remaja bergambar kenangan bersama-sama Puan Padilah Haji Ali, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka.

  1. Iz Baidilleh says:

    Terima kasih Kak Zu atas tulisan berita ini. Diharapkan semoga semua peserta mendapat manfaat yang sebaiknya untuk terus menerajui dunia sastera negara.

    Jutaan penghargaan dirakamkan oleh kami, alumni MPR 2017 buat warga Dewan Bahasa dan Pustaka atas penganjuran program tersebut. Semoga diberkati Allah.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046272
    Visit Today : 1168
    This Month : 28871
    Total Visit : 1046272
    Hits Today : 3845
    Total Hits : 4294410
    Who's Online : 7
  • Kategori