wasiat

 

Judul              :           Wasiat

Penulis           :           Zulkapli Mohamed

Penerbit         :           Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahun             :           2015

Harga             :           RM10.00

 

NOVEL remaja ini berkisar pada era awal pembentukan negara Malaysia selepas mengecap kemerdekaan. Watak utama ialah Amran, remaja cacat tetapi sempurna jiwa yang tinggal di sebuah kampung di Lenggong, Perak yang serba-serbi mundur, baik dari segi fizikal mahupun pemikiran masyarakatnya.

Amran berpandangan jauh, mampu menganalisis segala kejadian dan simbol serta tanda yang terbentang di hadapan mata lalu mengaitkannya dengan nasib bangsa dan negara pada masa hadapan. Dalam pada tidak mempunyai apa-apa – ibu bapa meninggal ketika dia masih teraba-raba mengisi makna kehidupan – Amran berusaha dengan gigih hingga berjaya dalam perniagaan.

Ketika sedang meniti kejayaan dalam perniagaan, dia menghidapi penyakit yang dapat membawa maut. Harta yang melimpah ruah tidak memberikan makna kepadanya kerana dia hidup sebatang kara – tiada isteri apalagi zuriat. Jadi dia mewasiatkan jutaan ringgit kepada sahabat yang telah terpisah lama tanpa disedari oleh empunya diri.

Novel yang sarat dengan unsur patriotisme dan pengajaran ini wajar dihayati oleh generasi baharu yang tidak pernah merasai keperitan kehidupan pada era 1960-an sehingga 1980-an. Pembaca dapat merasakan kegetiran ibu ayah dan anak-anak zaman itu mengharungi kehidupan dalam serba kekurangan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046010
    Visit Today : 906
    This Month : 28609
    Total Visit : 1046010
    Hits Today : 2973
    Total Hits : 4293538
    Who's Online : 10
  • Kategori