Buku berjudul Tumbuhan Berkhasiat Ubatan (Penanaman dan Pemprosesan Produk) ditulis oleh Khairuddin Kamaruddin. Kandungan buku ini secara ringkas berkisar tentang spesies tumbuhan berkhasiat ubatan yang popular untuk ditanam, kaedah penanaman dan pemprosesan produk tumbuhan berkhasiat ubatan. Dunia makanan dan kesannya terhadap kesihatan telah mendesak manusia untukmengeksploitasi sumber semula jadi bagi menghasilkan pelbagai produk kesihatan dan makanan berkhasiat untuk memperoleh kesihatan yang baik. Krisis kesihatan global telah mendorong masyarakat (yang bertindak sebagai pengeluar sama ada dalam bidang pertanian mahupun industri pengeluar produk) untuk turut sama terlibat pada pelbagai peringkat dalam usaha memajukan industri penanaman tumbuhan ubatan dan tumbuhan berkhasiat sehinggalah memasuki industri pemprosesan produk kesihatan berasaskan sumber semula jadi.

Kategori: Ulasan Buku

Isu peranan bahasa dalam pembangunan dan perpaduan dalam sesebuah negara telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Misalnya, semasa Islam memerintah hampir tiga perempat dunia,iaitu antara tahun 1000 hingga 1500 Masihi, peranan bahasa Arab dalam membina tamadun Islam memang tidak boleh dinafikan lagi. Bahasa Arab menjadi simbol kekuatan peradaban Islam. Malah, bahasa Arab juga menjadi alat menyatupadukan penduduk di negara-negara naungan Islam yang luas. Di dunia Barat pula, sejak tahun 1940-an, ramai ahli sosiolinguistik telah menulis mengenai isu ini. Menurut Fishman (1968), untuk membangunkan sesebuah negara, khususnya negara yang pernah dijajah, perlulah menggunakan bahasa asing manakala untuk menyatukan rakyatnya, perlulah menggunakan bahasa kebangsaan. Oleh sebab masih banyak lagi negara yang terpesona dengan pendapat ini, maka penulis buku Kelangsungan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Malaysia ini turut membicarakan isu ini berdasarkan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sebagai sebuah negara yang pernah dijajah, Malaysia turut berkongsi gejala yang sama dengan negara-negara lain, iaitu mewarisi model pendidikan daripada negara penjajah. Lazimnya, kuasa penjajah ini menggugat sistem pendidikan tradisional yang sedia ada di negara-negara yang dijajah. Sistem pendidikan tradisional digantikan dengan model pendidikan dari negara penjajah. Miller (1997), menegaskan bahawa dasar-dasar pendidikan formal yang dilaksanakan di India, Sri Lanka, Burma dan Malaysia dibentuk berdasarkan corak pendidikan Inggeris. Selepas negara mencapai kemerdekaan, falsafah pendidikan mula diperkukuh untuk mendapatkan hasil pendidikan yang diingini. Sistem pendidikan merupakan wahana utama untuk memupuk integrasi dalam masyarakat Malaysia tanpa mengambil kira perbezaan etnik, budaya dan agama. Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan mengukuhkan lagi asas perpaduan negara kerana penggunaan bahasa yang sama ini dapat merangsang komunikasi berkesan antara rakyat Malaysia. Hal tersebut diperkatakan oleh penulis dalam bab pertama buku ini, Isu Bahasa Pengantar di Malaysia. Berkaitan dengan bahasa pengantar juga, penulis turut memperkatakan isu penggunaan kembali bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pada awal tahun 1990-an. Di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, bahasa Inggeris dijadikan semula sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan tinggi, khususnya dalam bidang kejuruteraan, sains dan perubatan. Pertukaran dasar ini dibuat melalui pentas politik yang rasional untuk kebaikan negara. Pertukaran dasar ini mewujudkan dualisme dalam pendidikan tinggi, iaitu institusi pengajian tinggi awam mengekalkan bahasa Melayu sebagai pengantar pengajaran manakala institusi pendidikan swasta diberikan kebebasan untuk menggunakan bahasa Inggeris (rujuk Akta Pengajian 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996). Pada tahun 2003, kerajaan mengumumkan subjek Sains dan Matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris untuk Tahun 1 dan Tingkatan 6 Rendah. Isu ini dijelaskan oleh penulis dalam bab empat, Pelaksanaan Dasar Bahasa Pengantar Bahasa Melayu. Seterusnya, dalam bab kelima, Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), penulis mengupas isu tersebut dengan lebih lanjut. Menurut penulis, penerangan berkaitan dasar PPSMI di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia waktu itu, “rasional peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.” Masyarakat umum juga mengetahui bahawa Sains dan Matematik ialah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baharu dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat tentang perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Selain itu, bahasa Inggeris merupakan bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini. Secara keseluruhannya, buku ini mengandungi enam bab, iaitu Isu Bahasa Pengantar di Malaysia, Sistem Pendidikan Malaysia, Kronologi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar, Pelaksanaan Dasar Bahasa Pengantar Bahasa Melayu, Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, dan Perjuangan yang Belum Selesai. Isi-isu pendidikan bahasa Melayu yang dipaparkan dalam buku ini amat menarik untuk dijadikan renungan dan panduan bagi meneruskan kelangsungan fungsi dan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

BUKU Penyakit Ektoparasit dalam Akuakultur menyentuh perihal berkaitan serangan parasit luaran pada ikan ternak. Bagi seseorang yang sudah biasa dengan kehidupan perikanan, ia tidak asing lagi berhadapan dengan penyakit ektoparasit dalam akuakultur. Penulis menyatakan bahawa penyakit ektoparasit ialah serangan parasit luaran yang merupakan jangkitan primer pada ikan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Ektoparasit ialah parasit yang hidup pada permukaan luar tubuh perumahnya. Kandungan yang terdapat dalam buku ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk mengenal pasti jangkitan parasit yang boleh menyebabkan kematian ikan.

Kategori: Ulasan Buku

SUATU masa dahulu, apabila diserang asma, ibu dan ayahlah yang bertungkus lumus mencuba pelbagai kaedah rawatan tradisional untuk mengubati penyakit tersebut. Tambahan pula pada ketika itu kemudahan untuk mendapatkan rawatan di klinik agak sukar kerana keperitan hidup yang dialami.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

BUKU ini memuatkan ucap utama Sasterawan Negara Baharuddin Zainal (Baha Zain) yang disampaikan pada Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005, di Kukup Golf Resort dan Tanjung Piai Resort, Pontian, Johor pada 2-6 Jun 2005. Turut mengiringi ucap utama dalam buku ini ialah makalah Mohamad Saleeh Rahamad dan makalah Zainal Abidin Borhan yang membincangkan isi-isi ucap utama berkenaan.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Buku berjudul Kesihatan Wanita-Kenapa Kacip Fatimah ditulis oleh Intan Idiana Hassan, pensyarah Kejururawatan dari Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan dan Profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain, penyelaras di Unit Perkembangan Kesihatan Wanita, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM, Kelantan.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

Dialek yang pelbagai merupakan khazanah bahasa Melayu yang amat bernilai dan perlu dipelihara. Terdapatnya tanda-tanda pelupusan dialek ini dapat dilihat dengan berkurangnya penggunaan kata-kata dialek dalam masyarakat,terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Kategori: Featured, Ulasan Buku

SARAWAK, yang mendapat jolokan “Bumi Kenyalang” merupakan sebuah negeri yang unik kerana kepelbagaian etniknya. Menurut kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk Sarawak pada tahun 2013 berjumlah seramai 2.62 juta orang, manakala bancian pada 2010, terdapat sejumlah 568,113 orang penduduk Sarawak berketurunan Melayu. Kelompok Bumiputera yang lain ialah Iban sebanyak 713,412 orang. Pada tahun 2014, kajian Jabatan Perangkaan mendapati bahawa orang Melayu Sarawak telah menduduki tangga kedua dari segi jumlah penduduknya.

Kategori: Featured, Ulasan Buku
  • Arkib

  • Statistik

    000000
    Melawat hari ini:
    Jumlah Pelawat:
    Hits hari ini:
    Jumlah Hits :
    Siapa atas talian:
  • Kategori

Botanical Slimming Cell Phone Jammer For Sale, Botanical Slimming Soft Gel , Meizi Evolution, Cell Phone Jammers,Cell Phone Blockers, As a result Botanical Slimming works by restraining the activity of lipase in the stomach and intestinal canal.