“Menulis karya kreatif tidak sukar, tetapi yang lebih sukar adalah memperuntukkan masa duduk di hadapan komputer berjam-jam lamanya. Setiap kali apabila sesebuah karya selesai digarap, anda akan memperoleh kepuasan yang tiada taranya. Walaupun penulisan sangat mencabar dan menuntut komitmen yang berterusan, bidang ini amat menguntungkan dan menyeronokkan.”

Kategori: Berita

Majlis Hari Inovasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2010 yang julung kalinya diadakan pada 21 Disember lalu merupakan hari bersejarah bagi DBP kerana pada hari tersebut, DBP menerima Sijil Pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 daripada SIRIM. Sijil tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Puan Khalidah Mustafa kepada Dato Haji Termuzi Haji Abdul Aziz dengan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah.

Kategori: Berita

Apabila menyebut tesis, ramai beranggapan tesis adalah suatu bahan yang dianggap berat dan akademik. Tesis ditulis dan digagaskan berdasarkan disiplin akademik yang cukup tinggi. Para sarjana menulisnya khusus bagi memperoleh pengiktirafan bagi kesarjanaan mereka.

Kategori: Berita

Penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan penampilan konsep penerbitan yang kreatif serta menarik berjaya menjulang majalah Kemuncak daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunung, Bachok, Kelantan sebagai Majalah Terbaik 2010. Majalah Kemuncak juga memperoleh tempat kedua bagi kategori bahasa.

Kategori: Berita

Program ini berkonsepkan kunjungan ilmu, iaitu berkunjung sambil menyebarkan ilmu pengetahuan tentang bahasa Melayu, menjelaskan penggunaan bahasa Melayu yang betul di samping mengembangkan bahasa Melayu melalui pemberian risalah bahasa dan pedoman umum kepada agensi-agensi yang terpilih.

Kategori: Berita

Permainan Sahibba bertujuan membantu pelajar sekolah rendah dan menengah meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu. Permainan ini juga dapat menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar membina kosa kata dalam bahasa Melayu, sekali gus meningkatkan penguasaan mereka berbahasa Melayu.

Kategori: Berita

Berdasarkan definisi makna lontong antara Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Besar Bahasa Indonesia, ternyata terdapat perbezaan dalam konsep makna lontong antara masyarakat Malaysia dan masyarakat Indonesia. Bagi masyarakat Indonesia, konsep lontong berbeza dan lebih luas daripada konsep lontong dalam masyarakat Malaysia baik dari segi pembuatan bahan asasnya mahupun dari segi makanan tambahan yang dimakan bersama.

Kategori: Berita

Program Ziarah Bahasa bertujuan menimbulkan kesedaran dalam kalangan pemilik atau petugas di premis perniagaan akan kepentingan penguasaan dan penggunaan bahasa Kebangsaan semasa berurusan dengan pelanggan. Selain itu dengan adanya program seperti ini, sejauh mana penggunaan bahasa kebangsaan sama ada secara lisan atau tulisan dapat diukur dan dikenal pasti.

Kategori: Berita
  • Arkib

  • Statistik

    281346
    Visit Today : 970
    This Month : 21939
    Total Visit : 281346
    Hits Today : 2916
    Total Hits : 1162530
    Who's Online : 9
  • Kategori