Oleh MOHD AMRAN DAUD

Malim Ghozali Pk menerima hadiah Kategori A bagi genre novel daripada Timbalan Perdana Menteri

”DALAM daun ada daun memaknakan bahawa dalam kehidupan ada kehidupan, dalam diri seseorang manusia, ada peribadi lain, dalam satu peristiwa ada makna lain, dan dalam satu-satu imej ada makna lain.” Demikian antara petikan ulasan novel Daun karya Malim Ghozali Pk yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) Ke-19 bagi Kategori A. Beliau membawa pulang wang tunai RM10,000, plak dan sijil penghargaan. Majlis penyampaian HSPM disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mod. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 30 November lalu di Dewan Bankuet, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Hadiah Kategori A diberikan kepada karya yang terbit dalam bentuk buku atau kumpulan karya perseorangan, dalam tahun penilaian 2008/2009. Selain genre novel, terdapat enam lagi genre dalam kategori ini, iaitu Kumpulan Cerpen yang dimenangi oleh Osman Ayob melalui kumpulan cerpen Bayangan Silam, manakala Hatta Azad Khan melalui kumpulan drama Tiga Teater Muzikal dan Jelani Harun memenangi kategori tersebut bagi genre Kajian Sastera dengan judul buku Undang-undang Kesultanan Melayu dalam Perbandingan. Bagi genre biografi/autobiografi, hadiah tersebut dimenangi oleh Wan Mokhtar Ahmad, mantan Menteri Besar Terengganu melalui autobiografinya berjudul Muzakkirah : Sebuah Autobiografi Suku Abad Menerajui Kerajaan Terengganu. Semua pemenang memperoleh wang tunai RM10,000.00, plak dan sijil penghargaan.

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1046720
    Visit Today : 336
    This Month : 29319
    Total Visit : 1046720
    Hits Today : 683
    Total Hits : 4295485
    Who's Online : 17
  • Kategori