Oleh ARIS OTHMAN

Pemain Kelab Bola Sepak DBP kini berusaha mengembalikan zaman kegemilangan kelab.

KELAB Bola Sepak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan antara kelab yang paling aktif di bawah naungan Badan Keluarga DBP. Kelab ini bermula seawal era 1970-an dan semakin aktif pada tahun 1980-an sehingga sekarang.

Terdiri daripada barisan pemain yang berbakat besar dalam arena bola sepak tempatan, Kelab Bola Sepak DBP mula digeruni oleh pihak lawan di sekitar Lembah Klang pada era 1980-an lagi. Titik tolak perjalanan kelab ini diteruskan dengan menyertai Liga Selangor pada tahun 1985 menerusi Liga Divisyen Empat.

Kemunculan pertama kelab ini dalam Liga Selangor menyuntik semangat baru kepada para pemain apabila skuad yang dibarisi oleh pemain baharu dan lama ini berjaya melangkah masuk ke Pertandingan Liga Divisyen Satu pada tahun 2000.

Namun, bak kata pepatah, “Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”, semangat yang berkobar-kobar Kelab Bola Sepak DBP terhenti apabila kelab dilanda beberapa masalah dari segi pengurusan dan pemain. Akhirnya, kata sepakat diambil oleh kedua-dua belah pihak untuk berundur daripada menyertai Liga Selangor sejak musim 2001. Antara penyebab pengunduran itu ialah faktor kekurangan pemain akibat penswastaan beberapa bahagian di DBP bermula pada tahun tersebut.

 

Pemain Kelab Bola Sepak DBP pada tahun 2000.

Awan mendung Kelab Bola Sepak DBP kembali berarak memberikan sinar baru kepada kelab tersebut apabila pihak pengurusan yang baharu berusaha untuk menggapai kembali kegemilangan Kelab Bola Sepak DBP seperti pada era 1980-an, iaitu dengan menyertai beberapa kejohanan utama seperti Kejohanan Bola Sepak Anggota Kerajaan Kuala Lumpur (MAKSWIP) 9 dan 11 sebelah, Sukan Badan Berkanun, Sukan antara Media dan beberapa kejohanan lain.

Dalam usaha untuk memastikan kelab ini kembali mendapat tempat di arena bola sepak tempatan, sentuhan jurulatih, Encik Pauzi Abdul Aziz yang berpengalaman luas dalam arena bola sepak Kuala Lumpur amat diperlukan.

Usaha membentuk pasukan yang mantap ini menampakkan hasil yang memberangsangkan dari tahun ke tahun apabila beberapa kejayaan demi kejayaan berjaya diraih, antaranya memenangi tempat kedua Kejohanan Futsal Koperasi Seluruh Wilayah Persekutuan pada tahun 2003 dan berada pada kedudukan kelapan pasukan terbaik dalam Sukan Badan Berkanun 2009 di Langkawi.

Perlawanan antara pasukan DBP (berbaju biru) menentang Pasukan TV3 baru-baru ini.

Selain itu, kelab beroleh tempat keempat kejohanan Futsal MAKSWIP 2009, pasukan kelapan terbaik dalam Kejohanan Bola Sepak 9 sebelah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) dan yang terbaru menjuarai Pertandingan Futsal Media Berita Harian-Ambank pada 23 Januari lalu.

Usaha seperti ini diharap dapat diteruskan oleh pemain dan pihak pengurusan sendiri dengan memberikan komitmen yang tinggi agar zaman kegemilangan Kelab Bola Sepak DBP muncul semula. Bantuan dan dana selain sokongan padu daripada Badan Keluarga dan pengurusan DBP diperlukan demi merealisasikan hasrat ini.

  1. shah says:

    Bagaimanakah caranya jika kami ingin menjemput pasukan DBP untuk perlawanan persahabatan?

  2. amin says:

    Bagaimanakah hendak menyertai kelab bola sepak DBP? Adakah uji bakat pemilihan?

    • Klik Web DBP says:

      Kelab bola sepak DBP untuk staf DBP. Walau bagaimanapun, saudara boleh menghubungi En. Aris Othman melalui talian 21481700 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  3. farhanis says:

    bagaimana jika saya ingin jurulatih futsal untuk mengajar kami di sekolah dan berapa yurannya??

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045453
    Visit Today : 349
    This Month : 28052
    Total Visit : 1045453
    Hits Today : 1128
    Total Hits : 4291693
    Who's Online : 9
  • Kategori