Oleh HAJI WAN MOHD. SAOPHY AMIZUL WAN MANSOR

Haji Wan Mohd. Saophy Amizul Wan Mansor

DALAM tajuk kali ini kita akan membincangkan tentang kewujudan huruf Alif di akhir perkataan Jawi. Alif kadangkala ditulis dan kadangkala tidak ditulis. Kita pernah membincangkan tajuk Hukum Derlung pada keluaran yang lepas. Tetapi Hukum Derlung mesti berpola suku kata terbuka [a] + [a], biasanya tidak diberikan Alif pada suku kata terakhirnya sekiranya suku kata tersebut tidak terdiri daripada huruf-huruf Derlung  (د ر ل و ڠ ).

Perbincangan kali ini tertumpu pada perkataan yang mempunyai suku kata tertutup dan berakhir dengan suku kata terbuka [a]. Apabila sesuatu perkataan itu berakhir dengan suku kata [a] dan didahului dengan suku kata tertutup, maka suku kata terakhir tersebut hendaklah diberikan huruf Alifnya.

 Contoh:

Rumi Jawi
banda

باندا

bangsa

بڠسا

cerca

چرچا

derma

درما

diksa

ديقسا

dusta

دوستا

gamba

ڬمبا

gangsa

ڬڠسا

ganja

ڬنجا

hamba

همبا 

harta

هرتا

herba

هربا

jumpa

جومڤا

karya

كاريا

kasta

كستا

kerja

كرجا

timba

تيمبا

 Walaupun begitu, ada dua huruf yang tidak diberikan alif sekiranya berpola terbuka [a] di suku kata terakhir: huruf Kaf dan Ga.

 Contoh:

Rumi Jawi
bangka

بڠک

harga

هر

jangka

جڠک

marga

مر

sangka

سڠک

 

Sila Beri Pandangan

You must be logged in to post a comment.

  • Arkib

  • Statistik

    1045881
    Visit Today : 777
    This Month : 28480
    Total Visit : 1045881
    Hits Today : 2539
    Total Hits : 4293104
    Who's Online : 12
  • Kategori